**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

15 May 2012

Usaha Menterjemah Mathnawi Maulana Jalaluddin ar Rumi Ke Dalam Bahasa Melayu

 

Maulana Jalaluddin ar Rumi

 10 bulan terjemah Mathnawi Rumi

 
Seperkara yang luar biasa sepanjang menyiapkan Mathnawi akui Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus ialah dia telah diberikan kesihatan yang baik. 
 
PROFESOR bahasa Turki Uthmani, Arab dan Parsi yang terkemuka, Reynolds Alleyne Nicholson mengambil masa selama 40 tahun untuk menterjemah karya agung Maulana Jalaluddin Rumi, Mathnawi Rumi, lebih satu abad yang lalu.

Maka tidak hairanlah sewaktu idea untuk menterjemahkan karya tersohor penyair terunggul Islam yang hidup lebih dari 800 tahun lalu itu diutarakan kepada seorang profesor dari Iran dalam tempoh 10 bulan untuk ia diterjemahkan ke bahasa Melayu, ia dianggap mustahil.

Bahkan, pensyarah Sastera Amerika, Sastera Inggeris dan Sastera Dunia di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus turut dikatakan berfikiran tidak waras apabila secara tegas meletakkan tempoh 10 bulan untuk usaha itu direalisasikan.

Pun begitu, kata-kata berbaur sinis yang dilemparkan, langsung tidak mematahkan keinginan pensyarah kursus Lanjutan Bahasa Inggeris dan Penulisan Tesis di institusi itu.

Malahan semangatnya semakin membuak-buak apabila menerima kata-kata perangsang berbunyi: "Profesor, kamu tidak memilih Rumi tetapi Rumi memilih kamu."

Kata-kata yang cukup indah itu akui Mohamed Ajmal, sudah cukup menyejukkan dan mendamaikan hatinya.

Berkongsi mengapa beliau terpanggil melakukan terjemahan karya Jalaluddin Rumi dan mengapa gerangan Rumi yang menjadi pilihan, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu berkata, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan yang konkrit bagaimana ilham itu datang.

Mohamad Ajmal, 53, yang berkampung dan membesar di Melaka menambah, apatah lagi, dengan kesibukan tugas hakikinya sebagai seorang pensyarah pelajar lepasan ijazah.

Mawlawiyyah


Satu ibadat

"Ia datang dengan tiba-tiba dan tanpa saya rancang. Ia seolah-olah diilhamkan oleh Allah SWT. Saya sendiri pelik mengapa saya pilih Maulana Rumi, walaupun bidang pengkhususan saya ialah sastera dan tumpuan semasa mendapat ijazah-ijazah pengajian tinggi ialah dalam bidang sastera Barat iaitu, sastera Amerika dan sastera Inggeris.

"Meskipun salah satu daripada pengkhususan saya untuk ijazah doktor falsafah ialah sastera dunia dan saya pernah terbaca hasil karya Rumi ketika itu tetapi pada masa itu ilham itu tidak tercetus langsung di minda.
"Sebab itulah ramai yang pelik dan terkejut. Ini kerana terjemahan sepenuhnya, belum lagi dilakukan oleh ramai orang walaupun karya-karya Maulana Rumi adalah buku berkenaan Islam yang paling laris terjual di Amerika Syarikat untuk 30 tahun lalu," terang Mohamed Ajmal dalam satu wawancara eksklusif dengan Mega, Utusan Malaysia di pejabatnya, baru-baru ini.

Kata Mohamed Ajmal, keyakinan itu turut bersandarkan kepada cubaannya menterjemah kitab Rubaiyat Omar Khayyam yang sekadar 100 muka surat pada April 2008. Pun begitu, sebaik memulakan usaha penterjemahan Mathnawi pada 1 September tahun yang sama iaitu pada hari pertama bulan Ramadan, barulah diketahui bahawa ia terdapat dalam enam jilid.

The Whirling Dervish
 
"Saya mula terbayangkan buku yang saya usahakan sebelum ini, walaupun nipis tetapi bahasanya cukup mencabar. Sebab itulah ia mengambil masa hampir empat tahun untuk siap. Inikan pula buku yang sebanyak enam jilid dan tebal pula.

"Namun, dengan niat untuk menjadikan usaha saya ini sebagai satu ibadat, saya duduk antara lapan hingga 13 jam sehari dengan menulis tangan dan ada ketikanya juga saya menghabiskan sehingga 16 jam sehari. Ini tidak termasuk kerja penyemakan bahasa dengan merujuk beberapa kamus," kata Mohamed Ajmal.
Apa yang diusahakannya itu adalah sebuah karya sunni walaupun karya asalnya adalah dalam bahasa Parsi dan Arab.

Akhirnya, pada 23 Jun 2009 iaitu dalam jangka masa sembilan bulan 23 hari. Kiraan penuh dari mula kerja terjemahan dan suntingan, ia memakan masa setahun, tujuh bulan, 21 hari.
Produk yang telah disempurnakan itu telah menjejak dengan rapi prinsip-prinsip penterjemahan yang kebetulan serasi dengan Nicholson.

Dalam bahasa Melayu juga ia tepat dengan karya asal dan tidak cuba membezakan maksud batin daripada lahir. Karya ini memberikan makna harfiah perkataan-perkataan yang diterjemahkan tanpa menjelaskan, sama ada metafora atau makna mistiknya.

Pendekatan sedemikian membolehkan seseorang memahami isi kandungan buku itu dan mengetahui apakah makna atau makna-makna yang mampu dibawanya. Ia bebas daripada pengaruh penterjemah.
Mohamed Ajmal boleh dihubungi menerusi emel al-aidrus@iium.edu.my

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...