|
Maulid Saalica bersama pemain import Us Shami Insaniah |
Assalamualaikum semua..
Pada 4 Mei yang lalu KISWAH Temerloh telah dijemput Pusat Serenti PUSPEN Raub untuk mengadakan seminar ringkas berkenaan rawatan Islam kepada staff dan penghuni di sana.
Ini adalah kali pertama saya dijemput oleh pusat serenti untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini kepada warga PUSPEN.
|
Alhamdulillah berkat doa guru yang mulia,maka diizinkan kami berdakwah di Pusat Serenti |
Satu pengalaman yang cukup berharga buat saya dan ahli keluarga KISWAH. Tulang belakang program kali ini ini adalah ketua Biro Agama PUSPEN Raub iaitu al Fadhil Us Asmadi. KISWAH mengucapkan infiniti terima kasih kerana sudi menjemput kami walaupun menyedari segala kekurangan yang ada.
Terima kasih juga kepada Tuan Pengarah PUSPEN Raub yang begitu mesra dan semua warga PUSPEN sama ada staff atau penghuni yang menerima 'tarbiyyah' di sana.
|
Tomei... |
Saya mendoakan agar kalian semua diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan di jalan yang diredhai Allah di bawah lembayung kasih sayang Rabbul Jalil...
|
Semoga sentiasa dibekalkan KEIKHLASAN yang mudah2an senantiasa dimiliki.. |
Kami bertolak selepas Subuh dari KISWAH dan sampai lebih kurang pada pukul 8 pagi. Us Sofwan Darussyifa' Raub menunggu kami di Masjid Lama Raub untuk turut serta bersama kami pada seminar kali ini.
Antara ahli KISWAH yang turut sama pada kali ini adalah Saudara Luqman K Krau, Us Shami Husin atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahhab Temerloh dan Us Wan Amirul Shafiq KIPSAS.
|
Allahummahdina ila sawa' as sabil.. |
Memeriahkan majlis pada kali ini adalah kumpulan Maulid Uthmaniyyah Salikin Maulid Ensemble; Badrul Saalica al Hafiz dan Us Hakim UNISZA...
Kami solat Jumaat di Raub. Perjalanan pulang kami singgah di Chamang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.
Kami berpisah dengan kumpulan Saalica di Raub kerana mereka ingin pulang segera ke Shah Alam.
Singgah di Ketari dan pulang ke Temerloh.
|
Letih di jalan Allah merupakan hiburan buat para daie... |
Terima Kasih Tuhan atas nikmat yang tidak terhingga ini..
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment