**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 May 2012

Temerloh Berselawat; Masjid Temerloh Jaya 30 Mei 2012

Julung2 kali diadakan di bumi Temerloh yang dahagakan majlis solawat sebegini

 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah KISWAH diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini. Kami ke masjid Temerloh Jaya setelah melakukan tugasan di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Temerloh...

bersama anak murid Saudara Syihan Suzuki
Saya pergi bersama al Fadhil Us Shami Husin atau lebih dikenali dengan panggilan Nassier Wahhab Mentakab...

Masya Allah, ramai sungguh hadirin yang hadir.. Sahabat2 lepasan Azhar pun turut kelihatan. Sahabat2 pondok dan 1001 lagi latarbelakang masyarakat yang hadir.
Patut dipuji selawat dan rawi dipaparkan di screen berserta terjemahan

Program diberi nama:

"Majlis Mahabbatur Rasul saw dan Cinta Masjid'.

Terima kasih masjid Temerloh Jaya, Kadi dan Timb Kadi Maran yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini walaupun daerah Temerloh bukan di bawah 'jajahan mereka', Darul Murtadza dan Habib Ali Zainal Abidin dan semua...

Bumi Temerloh memang tandus dengan majlis solawat dan majlis Rasululllah sebegini..

Inilah julung2 kalinya diadakan..
Terima kasih al habib atas ilmu yang diberi

Semoga dapat diadakan lebih kerap lagi... Orang2 Temerloh memang tidak biasa dengan majlis selawat berserta percussionnya sekali di dalam masjid.. Setahu saya, inilah pertama kali diadakan..

Majlis tamat dengan Solat Isyak berjemaah diiringi hujan rahmat yang mendinginkan jasmani dan rohani Insya Allah..
Majlis ilmu, solat Isyak maka bumi Temerloh dibasahi hujan rahmat. Alhamdulillah

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...