**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 November 2012

May Allah Cure You Completely - Amin

Allahummasyfi Abdak....



Assalamualaikum..

Sekadar coretan di blogku ini..

Semalam tanggal 20 Nov 2012 bersamaan hari Isnin ramai sungguh yang datang ke pusat rawatan..

Hati ini begitu tersentuh melihat seorang anak kecil, yang menderita sakit jantung menangis tidak berhenti. Aku hampir menitiskan air mata melihat kesengsaraannya.. Tercungap, mukanya pucat dan bengkak. Tidak berhenti2 memanggil mak dan ayahnya... Sudahlah begitu, umurnya yang sebaya anak keduaku menyebabkan daku terasa bertambah sayu. Terbayangkan kalau anak sendiri yang menderita. NauzubiLLAH... Itulah bagai dikata, berat mata memandang, berat lagi bahu ibubapanya menanggung ujian..

Pada detik itu, timbul satu kesedaran, keinsafan dan ketulusan yang jarang2 aku alami selama lebih 10 tahun merawat 1001 pesakit sebelum ini. Ya Allah Sembuhkan Ya Allah Sembuhkanlah.. Ya Allah HambaMu yang banyak dosa, hina lagi tidak berguna ini merayu demi merayu sembuhkanlah anak kecil ini ya Allah... Hati bertambah sedih, apabila air mata si ayah mula bergenang..

Begitu juga sebelum ini, seorang anak gadis mengalami masalah mental. Apabila dibaca ruqyah, munajat dan doa, maka bercucuranlah air mata si ayah... Insaf sungguh dibuatnya... Aku tidak faham kenapa ada yang sanggup menipu, mengaut keuntungan memba** buta dan menganggap bahawa aktiviti perubatan Islam ini semata-mata bisnes. "Mengambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain...." Lihatlah kesengsaraan dan bala' yang menimpa orang lain khususnya pesakit-pesakit kita yang datang berkunjung supaya 'pandangan @ overall view' kepada aktiviti perubatan Islam yang dilakukan, kian berubah kepada sikap prihatin, kasih yang dijana dengan kekuatan mujahadah untuk membantu insan teraniaya. Semoga ini layak menjadi pedoman kepada diriku jua.

Perawat Islam yang berasaskan ruqyah adalah aktivis, pendaie, pembimbing dan pembantu masyarakat yang menderita... Aku berharap agar semua ahli2 yang pernah menumpang teduh dan singgah di teratak madrasah KISWAH bisa mempunyai perasaan sebegini agar kita sentiasa beringat; biarlah setiap langkah dan gerak geri yang dilakukan, sentiasa berbekalkan KEIKHLASAN yang mudah-mudahan senantiasa kita miliki.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Ustaz Hayat al Mevlevi
 Pengerusi Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...