**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 May 2010

Rawatan Islam: Merawat pesakit yang tidak mati-mati

Assalamualaikum semua..


Tetiba saya teringatkan satu pengalaman merawat semasa Idulfitri yang lalu. Kebetulan saya beraya di rumah seorang saudara. Di rumahnya ada seorang wanita tua yang sudah lama terbaring kerana stroke dan penyakit2 lain. Sudah 4-5 tahun begitu.


Kebetulan tuan rumah tahu saya boleh merawat. Jadi tiada kaedah lain yang saya guna selain dari membaca ruqyah dan ruqyah... Kelihatan pesakit yang lumpuh dan tidak boleh bercakap menunjukkan reaksi dengan berguling dan meronta-ronta...


Saya teruskan bacaan sehingga habis dan bekalkan air untuk pesakit... Niatnya supaya pesakit 'pergi' dengan mudah... untuk dibuat minum, sapu dan mandi (kalau boleh).


Selepas dua hari dalam suasana hari raya pesakit pun kembali ke rahmatuLLAH...


2) Dalam situasi sebegini (pesakit terlantar yang tidak mati2) bolehlah dibacakan Surah al Ghafir / al Mu'min di telinganya sebagai ikhtiar untuk melepaskan nyawa pesakit dengan izin Allah jua..


Rawatan yang sama juga kepada pengguna susuk / khadam / memakai atau yang seumpama dengannya untuk 'melepaskan' nyawanya yang seolah-olah disekat-disekat dengan izin Allah.


Ajal dan maut di tangan tuhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...