**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 May 2010

Rawatan sihir plus side effect rawatan hospital???

Assalamualaikum semua pengikut setia blog ni. Dah jadi followers tak??? Kalau belum silalah 'mendaftar' di bawah agar saya dapat berkenalan dengan anda dengan lebih dekat lagi...

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita rawatan yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus dan bercampur dengan........ : bagi saya side effect dari rawatan doktor di hospital... ini bukanlah tuduhan dan bukanlah bertujuan menyerang perubatan moden, sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saja.

1) Rawatan saya di Chenor menyaksikan seorang guru bersabung nyawa melawan penyakit kanser + gangguan makhluk halus + kesan rawatan di hospital. Dipendekkan cerita, setelah dua kali rawatan, akhirnya pesakit bertambah sembuh dan bengkak di keseluruhan tubuhnya semakin hilang dengan izin Allah jua... memang tidak dapat dinafikan pesakit ini memang mempunyai gangguan jin dan beliau meronta dan menjerit2 ketika dibacakan ruqyah... Alhamdulillah setelah dua kali rawatan di rumahnya dikhabarkan keadaannya semakin pulih dengan izin Allah jua...

Cuma yang menyedihkan saya adalah masalah pendengarannya yang semakin hilang. Beliau menyatakan kepada saya bahawa masalah ini terjadi kerana effect daripada rawatan di hospital untuk menguatkan jantungnya sehingga menyebabkan deria dengarnya hilang. Doktor juga mengakui bahawa ia adalah disebabkan 'ubat' yang begitu kuat sehingga terjadinya side effect tersebut. Doktor juga menegaskan bahawa masalah tersebut hanya sementara dan dijangka berakhir setelah dua bulan... dan kini setelah setahun lebih berlalu keadaannya masih begitu (sewaktu saya merawatnya beberapa bulan dulu)....

2) Berlaku tadi di rumah seorang pesakit yang terlantar... Doktor juga tidak pasti dan pelik kenapa pesakit masih terlantar sedangkan ia tiada masalah strok dan lain penyakit berbahaya. Ahli keluarga memberitahu saya bahawa ubat yang kuat telah dimasukkan ke dalam tubuh pesakit untuk rawatan keracunan darahnya sehingga akhirnya dia lumpuh di hospital. Sejauh mana dakwaan bahawa ia telah lumpuh sewaktu di hospital disebabkan rawatan tersebut tidaklah saya mengetahuinya.. Benarkah disebabkan 'ubat hospital'???

Sewaktu rawatan dijalankan memang terdapat tanda gangguan di dalam tubuh pesakit dan setelah diruqyah pesakit menampakkan kesan positif. Pada hemat saya gangguan tersebut tidaklah kuat. Cuma yang memeningkan saya adalah jenis penyakit hospital pesakit ini..Mungkinkah kerana masalah kesan negatif rawatan dan ubat yang diberikan di hospital???

Kemudian saya membekam kepala, tubuh dan tangan pesakit yang lumpuh dan kelihatan darah toksik keluar dengan banyaknya...

Rawatan akan diteruskan lagi.... Semoga pesakit tersebut sembuh sediakala...

p/s: Post ini bukan untuk mempertikaikan kredebiliti pihak kesihatan dan hospital... banyak kisah pesakit menjadi parah dan kesan2 sampingan terjadi setelah berubat di hospital, mungkin kerana kesan ubat yang kuat atau sebagainya yang saya simpan di dalam saku....

Lebih kurang macam ni la...

cth 1: banyak sangat makan ubat darah tinggi dan kencing manis akhirnya merosakkan buah pinggang pula.

cth2: Makan banyak ubat lelah (pil) sehingga ganggu jantung pula...

cth3: Banyak pesakit mental sukar disembuhkan dengan kaedah ruqyah dan perubatan Islam kerana pil, ubat-ubatan dan renjatan elektrik menjadi makanan ruji pesakit gila tersebut...

cth4: Tebuk sana tebuk sini... menjadikan pesakit stroke sukar diubati.

cth5: Cantas urat sana, cantas urat sini...menjadikan pesakit kanser sukar diubati.

Apapun Allah Taala sahajalah yang mengetahu kebenarannya... Ampun ye...

Just my point of view... mungkin salah dan mungkin betul.....

Allahu Haqq !!! Hidayah Seluruh Alam!!!

3 comments:

  1. assalamualaikum...
    saya pun pernah kena gastrik teruk..telan ubat tahan sakit, mnyebabkan usus menipis..pas tu sampai skrg, saya tak ambik ubat doktor..minum je air zam2, habbatus sauda', jeli gamat, madu asli...alhamdulillah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...