**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 May 2010

Rawatan Islam: Bacaan Ruqyah dengan Pembesar Suara



Terima kasih semua! Kelihatan set speaker plus build in amplifier dan wireless microfon yang dibeli melalui wang sumbangan anda untuk Pusat Rawatan KISWAH kami. Segala bantuan anda diucapkan ribuan terima kasih. Selagi mana kami menggunakan peralatan ini selagi itulah anda mendapat saham pahalanya... BarakALLAHU fikum!!!

Perubatan Islam dengan menggunakan speaker.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, kaedah ruqyah syariyyah memerlukan suara yang kuat untuk didengari pesakit. Sebab itulah sesetengah raqi di Insonesia menggunakan cerobong yang dipekupkan di telinga pesakit untuk mendapatkan impak bacaan yang kuat di telinga pesakit. Teknik bacaan kuat ini memang termaktub di dalam kitab perubatan yang muktabar.

Antara sebabnya bacaan kuat ini adalah:

1) Mengelakkan dari fitnah. Ini kerana bacaan yang perlahan dan kumat kamit mendatangkan persoalan kepada pesakit dan keluarga; apakah bacaan yang dibacakannya; sama ada al Quran, serapah atau mentera.

2) Bacaan tartil ataupun hadar dengan tajwid yang baik mampu menginsafkan pendengar. Pendengar yang mendengar bacaan tersebut mendapat pahala tidak kira di kalangan jin atau manusia.

3) Syiar di dalam agama. Perubatan Islam mementingkan syiar dan kekuatan bacaan al Quran dan azan sebenarnya adalah lambang kemegahan umat Islam.

4) Nabi saw suka kepada orang yang melagukan al Quran. Hendak melagukan al Quran mestilah dengan bacaan yang kedengaran atau kuat.

"Laisa minna man lam yataghanna bil Quran' - "Bukanlah di kalangan kami mereka yang tidak melagukan al Quran" - al hadith

5) Bacaan al Quran dan azan sebagai ruqyah adalah;
- Jin Islam; sebagai nasihat, pujukan dan saranan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.
- Jin Kafir; seruan kepada Islam, templakan, ancaman dan gertakan supaya insaf dan memeluk Islam.

Bagaimana ini boleh disampaikan sekiranya dibaca secara perlahan dan tidak didengari mereka!!!

...dan ruqyah dengan speaker amat mujarab lebih2 lagi sekiranya pesakit ramai.
Saya secara peribadi memang lebih menyukai proses rawatan dan bacaan ruqyah dengan menggunakan pembesar suara.. Menurut pengalaman saya, rawatan dengan suara yang kuat khususnya dengan speakar memudahkan jin untuk keluar dari badan si penderita...

Sekian dimaklumkan..

p/s: Terima kasih kepada yang menderma... Siapa yang ingin menderma; akaun kami masih terbuka!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...