**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 May 2010

Cerita-cerita seminar KISWAH

Assalamualaikum semua...

Sambil2 saya berehat setelah pulang memagar rumah adik di Kuala Lipis, izinkan saya mencoretkan aneka kenangan manis masam masin sepanjang 3 siri seminar yang lalu diadakan...

1) Seminar KISWAH Modul Satu di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh... "Menangani Gangguan Jin Kaedah al Quran": 3 April 2010

- menyaksikan seramai 35 orang peserta hadir termasuklah dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan dari serata Malaysia... Alhamdulillah seminar pembukaan yang sangat bermakna buat kami ini diadakan dalam suasana yang amat sederhana di pusat rawatan yang baru.... Seminar menyaksikan kehadiran ramai graduan dari pengajian dan seminar pusat2 rawatan lain seperti Darul Syifa', Akrine, Ridam, Sinar Zamdurrani dan sebagainya sebagai menggambarkan roh penyatuan di kalangan perawat Islam seluruh negara... Semuanya berhimpun dalam keadaan yang sangat harmonis dan penceramah bersungguh-sungguh mengelak dari menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan pihak2 lain.

Seperti biasa seminar diakhiri dengan simulasi rawatan Islam. Dipendekkan cerita, seorang peserta wanita melompat dan bersilat di tengah2 khayalak setelah penceramah membacakan ruqyah syariyyah... Beliau mula menyerang perawat namun dapat diredakan oleh Us Khanafiah (perawat ruqyah syariyyah Klang) yang bertindak berani berdepan dengan tindakan barbarik peserta terbabit...

Tidak ketinggalan juga ramai peserta (yang kami syak mengalami gangguan) mengadu sakit badan, cemas dan panas semasa sesi ruyah dibacakan....

Seminar diakhiri dengan pengijazahan ruqyah dan hizib oleh Us Hayat an Naqshbandi...


2) Seminar Rawatan Islam Modul 1 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub - 24 April 2010
- Dijalankan dalam keadaan sangat teratur dengan bantuan sahabat2 Darul Syifa' Raub yang ringan tulang menguruskan seminar tersebut. Seminar berlangsung dengan sokongan penuh Jabatan Agama Islam Pahang dan pihak pengurusan masjid.

Seramai 55 orang peserta yang kebanyakan ahli kelab al Quran Masjid Sultan Abu Bakar sangat teruja dengan pengisian yang diberikan dan mereka mengharapkan agar seminar siri yang seterusnya dapat diteruskan di masjid tersebut.

Seperti biasa seminar diakhiri dengan simulasi bacaan ruqyah oleh us hayat beserta penerangan plus .. rawatan kepada peserta seminar sekaligus! Beberapa peserta seminar menunjukkan kesan dan tanda-tanda mereka mengalami gangguan sehingga terdapat antara mereka yang meraung, muntah-muntah dan menjerit-jerit semasa ruqyah dibacakan.. Semoga pesakit tersebut sembuh.. Harapnya dengan modul ini dapat memasyarakatkan teknik al Quran ini ke dalam masyarakat kita yang sarat dengan sogokan ilmu perubatan yang tidak syarie serta padat dengan kesyirikan... Sekurang2nya kami memaparkan kaedah alternatif kepada mereka yang ternyata berkesan!

Seminar diakhiri dengan pengijazahan ruqyah dan hizib oleh Us Hayat an Naqshbandi.


3) Seminar Modul 2: "Kluarga Bahagia Bebas Jin dan Makhluk Halus" - Masjid Sultan Abu Bakar Raub - 22 Mei 2010.

Seramai 67 peserta menyertai seminar ini termasuklah sahabat2 dari Darul Syifa' dari Raub dan satu rombongan dari Paka Terengganu ( Madrasah Darul Bayan)... Sahabat2 dari Kuala Lumpur turut serta. Seminar membincangkan permasalahan:

- Andartu
- Anak nakal
- Mandul
- lari dari rumah
-perceraian dan pendamai rumah tangga .... serta rawatan2nya...
Seminar mendapat sokongan dan dokongan Al Fadhil Tuan Kadi Raub yang sudi menyampaikan ceramah sebelum seminar bermula. Beliau menyatakan sokongan dan rasa sukacitanya dengan penganjuran seminar yang julung2 kalinya diadakan ini.... Tidak ketinggalan Tuan Imam 1 Masjid Raub yang aktif menguruskan majlis terbabit dan bertungkus lumus mengadakan program2 tarbiyyah di masjid yang berada di bawah pengurusannya.. Tahniah dan terima kasih kalian semua!!!

Seminar diakhiri dengan simulasi dan beberapa orang peserta kerasukan apabila dibacakan ruqyah oleh penceramah.... Ada peserta mula mencarut2 di dalam Bahasa Tamil dan memusing2kan tangannya..... Seorang dua pesakit muntah2 dan selepas rawatan mereka menemui saya menyatakan keinginan untuk meneruskan rawatan.. Semoga mereka cepat sembuh...

Seminar diakhiri dengan ijazah oleh Us Hayat.

Pada waktu petang, Us Hayat berbesar hati merawat pesakit yang terlantar di Dong, Raub, Pahang.... semoga pesakit tersebut sembuh seperti sedia kala..


..p/s : Seminar di Klang akan menyusul pada 5 Jun beserta pelancaran cd Ruqyah Syariyyah... anda sudah mendaftar?????? Jangan ketinggalan kita bertandang ke Klang pula......... Disamping mendapat ilmu, ijazah dan makan2.. anda juga boleh melibatkan diri dengan sesi perubatan beramai-ramai kami...... Sambil menyelam sambil minum air......

Seminar yang berikut di Kota Tinggi, Johor pada 10 Julai 2010!!!!

Jangan persiakan peluang keemasan ini!!!

Ada di kalangan anda yang sudi menjadi penganjur seminar di tempat anda??????
Moga2 ada lagi jemputan seminar di tempat lain nanti... :)

Wassalam dan salam ceria semua!!!

2 comments:

  1. السلام عليكم أستاذ.أنا شهر النظام و عبد اللطيف نحن متأسفون لأننا لا نتصلك منذ زمن.كيف حالك و أسرتك الآن؟لعل بخير جميعا.نحن ان شاء الله سنسافر الى مصر بعد العيد........سمعنا وجدت الابن الثاني ونشكر الله على فراحك...
    هل عندك facebook/email?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...