**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 May 2010

Ziarah Pusat Rawatan Tuan HikmahUrut di PJ

Alhamdulillah Jumaat lalu saya berpeluang menziarahi sahabat saya En Ahmad yang terkenal dengan urut batinnya di dalam akhbar2 tempatan semenjak dua menjak ni...

Pusat rawatannya terletak berdekatan Masjid Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.. walaupun pusat rawatannya sangat sederhana tetapi bilangan pengunjung ke pusat rawatannya adalah amat memberangsangkan! Kalah pusat rawatan saya.... dan blog rawatannya adalah antara yang paling hits di Malaysia! Orangnya berpakaian dan berperwatakan sederhana tetapi sentiasa ceria dan bertenaga....!

Saya berpeluang berkongsi ilmu dengan beliau berkenaan rawatan resdung dan urut batin.. Masya Allah... ilmu yang berharga ini jarang2 dikongsi dengan orang ramai... En Ahmad terkenal sebagai orang yang banyak memberi didikan it kepada ramai perawat Islam dan juga latihan perubatan Islam khususnya bekam, urut badan dan urut batin...

Malah dua tiga orang perawat yang terkenal di Malaysia ini juga pernah mendapat tunjuk ajar daripada beliau... namun malangnya nama En Ahmad sebagai gurunya tidak pula disebut.

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana tidak lokek ilmu berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsia kejayaan dengan saya dan 2 orang sahabat saya yang turut serta.. Segala ilmu dan perlatan yang dibekalkan kepada saya semuanya diberi secara percuma... (untuk saya saja tau)......

Terima kasih juga kerana 'menjamu' saya pada hari tersebut... Ilmu tuan tidak akan saya persia-siakan..(jika tiada aral melintang)

Insya Allah saya akan melancarkan rawatan resdung dan urut batin di pusat rawatan saya secara beransur-ansur kelak... Mesti bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan khidmat rawatan ini kelak.... (peralatan pusat rawatan masih kurang dan masih menumpu pada rawatan jin).....

Jasamu sebagai jurulatih saya dalam urut batin dan resdung tetap dikenang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...