**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 January 2011

Iklan Mencari Perawat Islam


Assalamualaikum semua...

Di sini saya ada satu iklan:

Jawatan Kosong Perawat Islam dan Pembantu di PR KISWAH Temerloh Pahang:

- Menjadi pembantu saya merawat di PR Temerloh.
- Membantu saya dalam menguruskan pusat rawatan
- Membantu ketika seminar, kem, dan program2 KISWAH berlangsung di seluruh negara Malaysia ini.
- Saya akan mengajar anda segala ilmu perubatan dengan bersungguh2 supaya anda menjadi seorang perawat yang bertakwa dan berdedikasi!


Terbuka kepada:

* Semua muslimin akidah ahlussunnah wal jamaah ; al Asyairah wal Maturidiah seluruh negara.
* Boleh membaca al Quran beserta dengan tajwidnya dengan baik sekali.
* Berakhlak mulia dan tidak merokok
* Tinggal di Temerloh / daerah lain di Pahang adalah diutamakan
* Al Hafiz diutamakan
* Pernah mengaji pondok / Syria / Mesir / Yaman tetapi tidak mempunyai sijil diutamakan (ustaz hakiki dan bukan ustaz instant)
* Tidak pernah belajar mana2 kaedah rawatan selain kaedah ruqyah syariyyah adalah diutamakan
* Sanggup berhijrah ke Temerloh
* Amanah, dedikasi, setia, taat, ikhlas, wara', sanggup menerima tarekat (bukan wahhabi / syiah) adalah diutamakan
* Tidak menganggap berkhidmat di KISWAH sekadar untuk mencari pengalaman dan mencuri kaedah kemudian buka pusat rawatan sendiri... bermakna betul2 menjadikan KISWAH sebagai platform memperjuangkan perubatan Islam selain mencari rezeki yang halal.
* Sanggup menghadapi cabaran dan risiko dari syaitan dari kalangan jin dan manusia...

Jika berminat sila hubungi saya untuk tindakan selanjutnya (Hayat 017 065131)

p/s: Hadiah bulanan akan diberitahu.... smile.gif

Sekian dimaklumkan....


Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...