**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 January 2011

khutbah terakhir Hadhrat Khwajah Mu’inuddin Chishti Rahmatullah ‘alaih


Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah.. Bersama sebarkan CINTA


Cintailah semua dan jangan bencikan sesiapa

Hanya bercakap tentang keamanan tidaklah berfaedah bagimu

Hanya bercakap tentang Tuhan dan Agama tidak akan membawa kamu jauh

Keluarkan segala kekuatan yang terpendam pada kejadian dirimu

Dan tampilkan dengan sepenuh kecemerlangan Ruh dirimu yang kekal

Penuhkan dirimu dengan keamanan dan kegembiraan

Dan taburkanlah ia walau dimana saja kamu berada

Dan walau ke mana juga kamu pergi

Jadilah seperti api kebenaran yang membakar

Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah

Dan jadilah seperti ubat penenang keamanan.

Dengan cahaya Ruhaniahmu,

Usirkanlah kegelapan kejahilan

Larutkanlah awan-awan perselisihan dan peperangan

Dan sebarkanlah kehendak yang baik,

keamanan dan keselarasan di kalangan sesama insan

Jangan meminta sebarang pertolongan,

kemurahan dan kebaikan hati dari sesiapapun kecuali Allah

Jangan pergi ke lapangan istana Para Raja

Tetapi jangan menolak untuk mendoakan dan menolong orang yang memerlukan dan yang miskin, para janda dan anak-anak yatim,

sekiranya mereka datang ke pintumu

Inilah maksudmu untuk berkhidmat kepada manusia

Pikullah ia denganpenuh tanggungjawab dan berani

Supaya daku sebagai Guru Murshid tidak menerima malu terhadap sebarang kekurangan pada pihakmu

Di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla dan Para Masyaikh yang terdahulu dalam Silsilah Sufiyah pada Hari Pengadilan kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...