**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 January 2011

Rawatan bengkak kelenjar


Assalamualaikum semua.... Baru2 ni ada pesakit kanak2 datang untuk rawatan bengkak kelenjar di leher dan tengkuk dalam bilangan ketulan yang agak banyak....

Rawatannya adalah:

1) Ruqyah: Dibacakan ayat2 al Quran: Al Fatihah, Ayatul Kursiy, Ayat2 syifa' dalam al Quran, 3 Qul dan Selawat Syifa' sambil memegang bengkak tersebut dan meniupnya.

2) Sapu Minyak Zaitun: Sekerap mungkin. Minyak zaitun juga telah dibacakan ayat2 yang sama seperti di atas. Minum satu sudu minyak zaitun sejam sebelum makan tiap2 hari!

3)Bengkak yg serius: Minum jus bawang Hollang sebiji sehari sejam sebelum makan apa2.... Jus diambil dengan friut extractor dan bukan blender' bagi tidak mencampurkannya dengan air lain.

4) Minum jus delima 2 kali sehari.

5) Petua orang dulu2.. Ambil puntung kayu api.. didekatkan pada kulit dan dialirkan air (dicurahkan) tepat mengenai kawasan kelenjar yang bengkak tadi.. buat sekali sehari.

6) Bersedekah tiap2 hari niat kesembuhan dan bernazar...

7) Selalu membaca doa bengkak pada bengkak tersebut.. " Allalhumma ya mukabbiras soghir wa ya musogghiral kabir...... sogghir ma bi....." Ya Allah yg membesarkan yang kecil dan mengecilkan yang besar.. kecilkan ketulan / keumbuhan / bengkak yang ada padaku ini...

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...