**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 January 2011

Ruqyah dan Sains AlQuran Kajian Dr Abdul Daem alKaheel

"Oleh: Abdul Daem Al-Kaheel, www.kaheel7.com


Allah SWT berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Al-Isra:82

Tujuan Eksprimen

Eksperimen ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan selama lebih dari tiga tahun melalui penyelidikan, penelitian, dan eksperimen yang dimaksudkan untuk menetapkan dasar ilmiah pengubatan melalui Al-Quran (Rukyah Syariah), serta membuktikan adanya mukjizat baru dalam Al-Qur'an yang saya sebut dengan:

"Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran". Juga bertujuan untuk mencari jenis ubat terbaru yang saya (Dr. Abdul Daem) namakan dengan Perubatan Bermaklumat (Informative Treatment/Medication)

Mengenai Penulis



Ir. Abdel Daem Al-Kaheel adalah seorang saintis, jurutera dan penyelidik, da’i dan orang yang menemui sistem angka tujuh dalam Al-Qur’an Al-Karim, beliau juga adalah seorang pengarang lebih dari dua puluh buku dan makalah tentang tiga puluh mukjizat Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyah.

Dia dilahirkan di kota Homs, Syria pada tahun 1966 dan hafal keseluruhan Al-Quran dan memiliki cara kreatif dalam menghafal Al-Quran, dan banyak menghadirkan visi ilmiah terbaru untuk pengubatan Al-Qur’an.

Apakah perubatan dengan Al-Quran dibenarkan?

Perubatan menggunakan Al-Quran adalah seratus persen dibenarkan, kerana dengan yakin telah terbukti pada diri saya bahwa Al Qur’an adalah ubat yang mampu menyembuhkan segala penyakit samada fizikal dan psikologi, penyakit gila, kejang, bisikan, iri hati, sihir dan sebagainya.

Jadi mari kita mulai bekerja sama untuk meletakkan dasar-dasar ilmiah dari berbagai jenis pengubatan yang paling banyak memberikan kekuatan yang efektif dan mudah, sehingga memungkinkan kita mampu meyakinkan para doktor tentang manfaat pengubatan yang mengkagumkan ini! Dan kami ingatkan bahwa sumber-sumber kajian ini terdiri dari 27 rujukan antarabangsa yang dipercayai.

Atom adalah struktur asas alam semesta



Ketika kita melihat akan alam semesta maka akan ditemui bahawa alam terdiri dari jutaan atom dan setiap atom berada dalam keadaan bergerak tiada henti.

Semuanya terdapat dalam otak



Di dalam otak terdapat lebih dari satu juta juta sel, setiap sel adalah ibarat komputer yang rumit bekerja dalam koordinasi dengan seluruh sel dan tanpa henti.

Gelombang elektromagnetik bersumber dari otak



Para saintis baru-baru ini menemui bahawa sel-sel otak bergetar dan mengirimkan gelombang elektrik dan magnet, yang mencerminkan aktiviti otak pada manusia. Jadi sel-sel otak selalu bergetar dan selalu dipengaruhi oleh getaran walau apapun bentuknya.

Tubuh adalah terdiri dari sel-sel



Seluruh sel-sel dalam tubuh juga tanpa terkecuali mengalami getaran, dan seterusnya akan memberikan pengaruh pada segala jenis getaran; mekanik, elektrik dan magnetik.

Terapi dengan suara

Baru-baru ini muncul pelbagai cara alternatif untuk melakukan terapi dan pengubatan, iaitu terapi melalui suara. Dan para pengkaji telah menemui bahawa suara manusia memiliki kemampuan penyembuhan yang luar biasa terhadap berbagai penyakit, seperti kanser.

Namun pertanyaannya adalah:
Bagaimana suara dapat memberikan penyembuhan, dan apakah semua suara dapat memberikan penyembuhan?

Neuron akan bergetar kerana kesan suara



Dalam Al Qur’an menyebutkan bahawa pendengaran adalah lebih awal sebelum penglihatan, dan ini merupakan menunjukkan betapa pentingnya kesan suara dalam penyembuhan!

Suara merupakan gelombang yang tersebar di udara



Suara bergerak di udara dengan kecepatan 340 meter sesaat, getaran yang berasal dari tenggorok dan menyebar melalui udara sehingga mencapai telinga pendengaran, dan kemudian berpindah melalui telinga ke seluruh bahagian tubuh.

Mekanisme pendengaran pada manusia

Bahawa telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota tubuh, kerana itu setiap suara akan berpindah dan melintasi ke seluruh bagian tubuh dan mempengaruhinya.

Semua sel-sel tubuh dipengaruhi oleh frekuensi akustik (bunyi)

Reduced: 82% of original size [ 830 x 512 ] - Click to view full image


Telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota , kerana itulah patut diberi tahu bahawa tubuh selalu berpindah ke seluruh bagian tubuh dan memberikan pengatuh atasnya.



Setiap gelombang suara akan mempengaruhi sel



Sel tubuh selalu dipengaruhi oleh volume suara, dan memberikan tanggapan atas setiap suara dan mengubah cara getarannya, dengan kata lain suara akan melakukan perubahan gerakan mekanisme , dan menjadi lebih tahan terhadap virus ketika dipengaruhi oleh adanya frekuensi tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...