**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 October 2011

Kenangan Seminar di REHAL Kota Damansara



 Assalamualaikum..

Ahamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam empunya jagatraya ini. Ku berkirim salam dan seindah2 untaian selawat kepada kekasihku Rasul yang bongsu Nabi Muhammad saw..

Alhamdulillah, dengan berkat keizinan Allah jua akhirnya seminar kami yang berlangsung dengan jayanya di Pusat Bimbingan al Quran REHAL di bawah naungan al Fadhil Sheikh Surur Shihabuddin an Nadwi yang merupakan seorang pakar al Quran di negara ini. Us Surur merupakan salah seorang anak murid kepada Maulana Abul Hasan Ali an Nadwi, Nadwatul Ulamak, Lucknow India yang merupakan seorang ulamak yang alim lagi sufi yang begitu terkenal di seantero dunia.



Saya yang sudah tiba awal sejak hari Khamis, tiba di pusat bimbingan beliau dengan hati yang berkobar-kobar.. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa buat kali pertama seorang sheikh yang tawadduk dan soleh ini...

Sesampainya saya di sana, saya dialu-alukan oleh Ustaz Surur dan barisan staff yang peramah.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah seminar pada kali ini berjaya mengumpulkan hampir 40 orang peserta yang cukup berminat untuk mempelajari sedikit sebanyak berkenaan perubatan al Quran melalui pembacaan ruqyah syariyyah  yang terkenal di seluruh dunia ini...



Seminar KISWAH meneruskan tradisinya dengan segala pengisian yang berupa mutiara2 berharga koleksi pelbagai maklumat berkenaan perubatan Islam dan fakta2 yang sahih berkenaan alam jin megikut al Quran dan al Hadis. Begitulah juga pelabagai qasidah dialunkan sepanjang seminar dilangsungkan.. Seminar diselangselikan dengan bacaan qasidah dan tayangan video perubatan KISWAH.

Sesi petang majlis diteruskan dengan para peserta ditunjukkan kaedah rawatan ruqyah yang cukup mudah dan simulasi ruqyah syariyyah untuk semua peserta seminar.

Tujuan simulasi ini diadakan adalah untuk menunjukkan kaedah sebenar perubatan al Quran khusus untuk rawatan para muslimin. 


Sesi selepas Asar dikhususkan untuk pembacaan hizib bahar dan pengijazahan semua kaedah rawatan dan pengamalan sepanjang seminar ini diadakan.

Pada majlis penutup al Fadhil Ustaz Surur mencadangakan agar ditubuhkan sebuah usrah ruqyah khas untuk melestarikan segala ilmu yang didapati di dalam seminar agar tidak berkubur begitu sahaja.

Saya menyambut baik cadangan tersebut dan berharap agar program usrah membaca ruqyah dapat diadakan secara berkala..



Setelah berwada', majlis ditutup dengan sesi fotografi dan jamuan ringan..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan infitini terima kasih kepada tuan rumah khusunya Us Surur kerana memberi peluang kepada KISWAH untuk 'menumpang kasih' di REHAL dan kepada semua peserta yang menyertai seminar pada kali ini..

Saya juga menghulur sepuluh jari dengan rasa bersalah memohon ampun sekiaranya ada tindak tanduk dan kata2 saya yang tersalah serta terlanjur.

Terima kasih juga kepada pembantu2 setia dan kawan sealiran perjalanan yang hadir membantu pada kali ini..

Harapan saya, moga2 Allah perkenankan kepada KISWAH pertemuan yang seterusnya dengan warga REHAL di waktu2 mendatang2 di dalam sesi2 seminar berikutnya.. Insya Allah...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...