27 October 2011
Kenangan di Karnival Belia Muslim 2011
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, KISWAH telah dijemput menyertai Karnival Belia Muslim di Dataran Tok Gajah Temerloh pada 22 Okt lalu..
Kami di sana antara pukul 9 pagi - 9.30 malam..
Saya, Us Thoha, Us Lukman, Us Zahid al Hafiz berada di sana untuk melayan pelbagai pertanyaan dari pengunjung. Ada juga yang ingin diruqyah untuk mengetahui sama ada terdapat gangguan atau tidak. Ada juga yang datang untuk menjampi air dan mendapatkan bekalan makanan sunnah untuk perubatan..
Walaupun amat keletihan yang teramat sangatnya lah kerana terpaksa tukar syif merawat di pusat rawatan .. tetapi kami berasa amat berpuas hati kerana dapat memberi 200% khidmat kepada masyarakat. Alhamdulillah...
Kami pulang pada pukul 10 malam dalam keadaan badan yang letih tetapi bersyukur kerana qudrat, masa, tenaga dan segala kepunyaan yang Allah berikan ini dapat kami persembahkan untuk berjuang di jalanNYA.. Insya Allah..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...!