**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 November 2011

Kenangan Program Korban dan Tautan Ukhuwwah KISWAH 1432

 Bersama Wan dan Izwan berangkat ke dalam hutan untuk mengambil lembu dengan orang kampung.


 Setelah dua hari berusaha. Lembu yang buas akhirnya dapat dinaikkan di dalam lori

 Pak Mertua; Ustaz Saad bersiap sedia menyembelih lembu.

 Alhamdulillah.. korban dapat dilaksanakan tahun ni.. Lembu yang besar panjang.. banyak dagingnya. Cukup untuk orang kampung dan sahabat2..

 Anak2 murid dari ex maahad maulid 08 yang membantu

 Sepakat membawa berkat.. Terima kasih orang2 kampung..

Pak Kasim dan isteri yang mengambil dua syer tahun ni.. Tak sempat masak dah nak balik.. Beberapa hari lagi sebelum beliau balik ke Batu Pahat. Semua anak2 laki turut serta hari tuh.

 Berjamu selepas Zuhur.

 Bersama kumpulan maulid 08 ex maahad.. Sebelum Zuhur buat sedikit latihan untuk rakam album nanti (baru peringkat cadangan).

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah program korban tempoh hari berlangsung dengan jayanya.

Walaupun ada masalah pada permulaannya iaitu lembu mengamuk tak mahu naik lori tetapi dengan usaha dan berkat doa semua segalanya dipermudahkan Allah..

Warga KISWAH yang turut hadir pada hari itu termasuklah Abang Kasim dan anak2 lelakinya, wan kipsas dan sahabatnya izwan dari Sabah, Lukman sekeluarga, Zahid dan anak2 buah dari kumpulan Maulid 08; Sufian, Hafizuddin, Nazrin, Luqman  serta Us Zul Bentong yang datang sekeluarga pada sebelah petang...

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu khususnya ayahanda mertua Us Saad dan Bonda Zabariah serta adik beradik belah isteri yang tidak putus2 menyumbangkan tenaga dan sokongan moral...

Syukur ya Rabb Syukur Ya Rabb.. Insya Allah berjumpa lagi pada hari raya korban tahun depan..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...