**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

04 November 2011

Amalan-amalan di dalam Bulan Zulhijjah dan Zikir di Hari Arafah

Sudah pasti amaln yang paling utama di dalam Bulan ini adalah melakukan  ibadah korban pada 'yaumun nahri: hari raya dan 3 hari tayriq berikutnya.. Jangan ditiggalkan ibadah puasa khususnya pada hari arafah dan melakukan zikir2 yang digalakkan.


Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" .( 1 - 10 Zulhijjah)


Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan.



Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). 



Firman Allah :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)



Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud)

..dan pelbagai lagi kelebihan Zulhijjah dan ibadah korban...
Manakala zikir2 yang biasa dianjurkan oleh guru kami menjelang sambutan mulia Idul Adha ini adalah:







Wirid pada Hari 'Arafah oleh Maulana Sheikh Guru kami...:


Menyempurnakan Al-Hizbul A'zam.

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو على كل قدير 
(100x) La Ilaha illa Allah Wah'dahu La Sharika Lah Lahul Mulk wa Lahul Hamd Yuhyi wa Yumit wa Huwa ala Qul Shay'in Qadir

سبحان الله والحمد لله والله اكبر ولا اله إلا الله ولا حول ولا حول ولا قوة الا بالله 
(100x) SubhanAllah wa Al Hamdulilah wa La Ilaha illa Allah wa Allahu Akbar

أستغفر الله 
(100x) Istighfar

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد وسلم 
(100x) Selawat ke atas Nabi Sollallahu alaihi wa alaihi wasallam (atau jika mampu 1000x)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
 وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
 (100-1000 x)  Surah Al-Ikhlas. (PENTING!)

Berpuasa pada 2 hari, Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari 'Arafah (9 Zulhijjah).

..dan zikir khatam pada malam hari raya...


▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dari Abi Qatadah radhiallahu 'anhu, daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam:
 صَوْمُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ كَفَّارَةُ سَنَةٍ ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
"Puasa Hari 'Asyura mengkafarahkan dosa setahun, dan Puasa Hari 'Arafah mengkafarahkan dosa dua tahun (setahun sebelumnya & setahun selepasnya)."
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & para imam hadith lain (dengan lafaz & jalan berbeza)




p/s: "Janganlah berkira sangat dengan Allah untuk ibadah korban. Apabila berkorban Insya Allah akan bertambah rezeki. Bukannya apabila berkorban jadi 'tak cukup bajet bulanan' macam yang syaitan dan nafsu bisikkan.. Insya Allah takkan miskin orang yang membela dan menghidupkan syariat dan syiar ISLAM.... Jadi lakukanlah ibadah korban tiap2 tahun DENGAN IKHLAS.. Berkorbanlah untuk Allah, pasti Allah akan 'tersenyum' kepadamu, kerana kamu sanggup 'berabih' keranaNYA......"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...