**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

19 November 2011

Rahsia Nak Sihat dan Nasihat Saya Kepada Pesakit

Fan from fanatic... Don't be a  ' fan of SYAITAN'
 Assalamualaikum,
 Sedih, kecewa apabila pesakit tidak mahu menerima nasihat kita dan masih terlampau taksub, obses kepada jin dan makhluk halus. Terus terang mengikiraf betapa kuatnya makhluk bernama jin itu. Malah ada unsur macam berbangga2 pulak ada gangguan. Tak puas hati kalau dia takde gangguan... pelik, pelik...
 Sebab tu antara rahsia nak sihat:
 1) Jangan pandang rendah perubatan dengan membaca ruqyah.. Ini adalah cara Rasulullah, para sahabat dan orang2 soleh merawat... Yakinlah dengan kehebatan KALAMULLAH. Jangan sampai kata2mu akhirnya merendahkan al Quran; kalam Tuhan dan meninggikan makhluk tuhan yang bernama jin... Selepas menerima rawatan, TAWAKKAL lah sekuat dan sebanyak2nya kepada Allah. Serahkan haq menyembuhkan kepada Allah dan bukan kepada ustaz yang merawat serta barang2 rawatan yang digunakan.. Semuanya asbab sahaja..
 2) Jangan pening2 fikir hikayat kenapa kita sakit dan cerita2 kita sakit.. berubat je.. fokuskan doa kita pada Allah, jangan ingatan kita pada jin dan 'kehebatannya' menghijab dari raja' (harapan) kita kepada Allah dan rahmat MAHA PENYEMBUHNYA..Kalau tak percaya, kekadang 10 bomoh 10 versi cerita. Jadi mana yang nak percaya.. Alih2 Mak Limah pening kepala siang malam dok fikir cerita mana yang betul dan nak 'tele' kan jugak dengan jiran yang dia tak suka.. Last jiran kena tuduh.. Jadi mangsa.... Janganlah ada unsur2 menilik dan menujum akan sakit2 kita..
 3) Buanglah segala peralatan sihir2 sama ada berupa tangkal, cincin yang 'diisi' dan senjata2 lama yang ada khadamnya.. Jangan terlampau percaya kepada perkara2 dan peralatan2 mistik..
 4) Janganlah merasa dan mengiktiraf bahawa makhluk itu kuat dan terlampau mengingatkan mereka... sikit2 jin sikit2 jin.... Berkata guru saya, "saya boleh membaca ruqyah pada kamu.. Insya Allah jin keluar. Tetapi dua minit lepas tu jin masuk balik. Kenapa?? Kerana selepas itu kamu terlampau memikirkan makhluk itu.. Jin Jin Jin Jin Jin... Akhirnya membuka pintu dirimu untuk dimasuki balik oleh makhluk itu...
 5) Ikutlah sungguh segala arahan perawat.. Jangan buruk sangka dan buat segala arahan yang diberi dengan sungguh2.. Insya Allah sembuh.... Sedekah dan Nazar jangan ditinggalkan..
Kekadang naik bosan, ada yang mengatakan perubatan baca al Quran ni tak power laaa...Habis tu apa yang powernya? Jin? Syaitan tu lagi power? Atau bomoh yang menngamalkan kesyirikan?.Astagfirullah, habis kalau tidak berubat dengan cara orang Islam menggunakan al Quran, nak guna apa lagi...???? Itulah kalau dah terlampau banyak berubat dengan kaedah syirik dan perbomohan..


Kadang2 bukan kerasukan dan dialog jin tetapi.... :

Kekadang bukannya kerasukan... sekadar psikologi dan emosi yang lahir dari tekanan hidup yang kronik sehingga dirasakan tindak tanduk itu luar biasa dan 'dialog' itu sebagai kata2 jin....... padahal tidak lebih dari perasaan dan emosi yang terhasil dari bisikan syaitan semata2... bukannya 'jin itu yang berdialog' tetapi anda yang 'berjiwa lemah'lah sebenarnya yang melakonkan watak jin itu...

Buktinya bila DIBERITAHU dan DIARAH supaya jangan mengamuk dan cakap yang bukan2 sebelum rawatan.. Eh boleh pulak pesakit duduk diam dan mendengar bacaan ruqyah dengan khusyuk dan berdisiplin. Malah apabila dirawat sesetengah tidak menunjukkan tanda2 gangguan jin pun!  Tetapi apabila perawat TERLUPA memberi pesanan "JANGAN MENGAMUK' sebelum rawatan...semua pakat2 melolong, mengamuk, bersilat, merangkak, jadi ular, tomoi, menari dan macam2 aksi lagi....... Jadi macam mana ni...


Tidaklah saya menolak akan adanya kaedah dialog dengan jin, malah saya sendiri dengan izinNYA terlampau banyak kesah berdialog dengan jin. Ia pun banyak tercatat dalam kesah2 rawatan perawat Timur Tengah di dalam kitab2 perubatan Arab. Cuma banyak terjadi sebenarnya yang kita berdialog itu sebenarnya adalah 'pesakit sendiri' yang merasakan diri mereka kerasukan. Jadi cara saya adalah tidak terlampau mudah melayan aksi2 dialog begini kerana

a) Kebiasaannya ia adalah dari jiwa pesakit.. Jadi ia adalah perkara yang membuang masa. Perawat yang matang dan berpengalaman sahaja dapat membezakan antara ia benar2 dialog jin yang kerasukan atau mainan minda dan mind set pesakit yang dah bajet dari awal2 akan bercakap begitu sahaja...

b) Kalau betulpun dialog, 90% kata2 makhluk ni tak boleh dipakai. Kebanyakannya membohong saja... Banyak sekali yang memfitnah orang tidak berdosa...

c) Akhir2 ni seboleh2nya saya mengelakkan untuk berdialog, ini kerana apabila saya merawat lebih dari seorang dalam satu2 masa, ia menganggu pesakit lain dan mengurangkan tempoh bacaan ruqyah, memanjangkan masa merawat dan meletihkan pesakit dan perawat.. Kasihan pesakit2 lain....


Nasihat saya kepada semua anak2 murid KISWAH; rawatlah 'direct to da point'.. Jangan terpengaruh dengan cerita dan tindak tanduk pesakit yang merasakan diri kerasukan dan 1001 aksi, padahal tidaklah sekronik yang disangka...

Tugas saya adalah merawat sambil berdakwah dan mendidik... Kalau tidak boleh terima nasihat saya... dan masih menagung2kan kisah jin yang menjelma apabila dirawat oleh orang lain..... hmmm susah juga saya nak cakap. Kecewa...

Ni semua tak lebih tak kurang adalah 'bekas tangan TARBIYYAH' orang2 yang merawat sebelum ini samada yang bergelar ustaz atau tak ustaz.. senantiasa menyogok pesakit dengan hikayat2 mistik sehingga cerita2 dan takwil itu menjadi AKIDAH mereka.. Kalau macam tu berubat la dgn sapa saja... Susah nak sembuh sebab sentiasa saja ada 'JIN' itu dan 'JIN' ni di sepanjang episod kehidupan kita... hmm
 
p/s: Kalau saya ni kaki pembohong, dah lama rasanya saya eksploitasi ketaksuban pesakit2 macam ni.. Contohnya... oh ni ada 5 jin dalam badan awak... Satu jin harga rm1000 untuk keluarkan... Jadi RM1000 kali 5 jadi RM5000 laaaa... Boleh?? Pesakit: "Oh gitu..... hmmmm kalau begitu ok laaaaa.. Janji sihat" Saya : :)

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...