A Very Happy Goat For Korban... |
13 November 2011
Amalan Supaya Anak Yang Dikandung Sihat dan Normal - Menyembelih Haiwan Ternakan
Assalamualaikum semua...
Seorang murid yang mana isterinya sedang mengandung meminta Maulana Sheikh kami mendoakan kandungan si ibu normal dan selamat. Ikuti dialog beliau:
Murid: Assalamualaikum sheikh.. Isteri saya sedang mengandung.. Doakan kami..
Sheikh: Waalaikumussalam.... Alhamdulillah.. Kalau begitu sebaik sahaja tahu isteri anda mengandung cepat2lah sediakan duit untuk:
{ Menyembelih dua ekor korban (kambing) semasa isteri sedang mengandung diniatkan pahalanya untuk dihadiahkan kepada Rasulullah saw, guru2 mursyid dan para murideen semuanya dan diniatkan sebagai satu pengorbanan semoga anak yang lahir sihat dan normal}
Catatan: Jadi daging tersebut bolehlah diagihkan kepada fakir miskin atau dibuat jamu orang kampung sebagai kenduri doa selamat.
Murid: Insya Allah sheikh.....
.........................................................................................................
Tambahan:
* Bolehlah juga amalkan semasa ibu mengandung.. Si ibu memegang perut dan membaca ayat2 ini setiap kali selepas solat... Semoga tumbesaran anak normal dan lahir sebagai anak yang normal, sihat dan cantik:
1) Al Hajj ayat 22
2) Al Mukminun ayat 12 - 14.
* Boleh juga amalkan pemakanan sunnah khususnya buah delima atau jus delima..:
Khasiat buah Delima
Klik di gambar untuk membeli secara online.
Love and salams:
Hayat Ali Ridzha al Khiyami... 14 Nov 2011
Labels:
rawatan islam