**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

04 June 2012

Amalan Hari Jumaat (1): Amalan Pendinding Diri Selepas Solat Jumaat

Selamat beramal... Boleh beramal dengan diniatkan untuk keselamatan ahli keluarga jua...


Assalamualaikum semua..

Telah menjadi rutin di KISWAH pada setiap petang selepas sesi rawatan ruqyah dan Solat Asar, KISWAH mengadakan suhbah ringkas menggunakan kitab Sairus Salikin..Maka kini kami memasuki tajuk adab-adab hari Jumaat.

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu amalan yang disebut oleh Sheikh Abd Somad Palembang di dalm kitab tersebut di bawah tajuk "Adab-adab hari Jumaat."

Satu amalan yang ingin saya kongsikan adalah amalan untuk pendinding diri yang dilakukan selepas Solat Jumaat sebelum berkata-kata. Sudah pasti ini bermakna wirid Solat Jumaat tidaklah seumpama wirid solat Fardhu misalannya...

Saya perhatikan bahawa amalan ini dilakukan dengan meluas dan istiqamah di Negeri Kedah sewaktu saya masih belajar di sana... Namun di negeri lain contohnya di Pahang yang tercinta ini, tidaklah saya ketemui, kecuali memasing sibuk untuk membalikkan diri demi menceburkan diri dalam urusan dunia secepat mungkin. Syabbas diucapkan kepada semua warga Kedah...

Telah berkata Musonnif:

Adab kesembilan:

Apabila selesai daripada solat Jumaat, maka sunat ia membaca:

SURAH AL FATIHAH 7 KALI

SURAH AL IKHLAS 7 KALI

SURAH AL FALAQ 7 KALI

SURAH AN NAAS 7 KALI

.. dahulu daripada ia berkata-kata.

Berkata Imam Ghazali Rahimahullahu Taala:

(al Ihya' mukasurat 1/185)

Ertinya: 

"Maka sesungguhnya telah diriwiyatkan daripada setengah ulamak yang dahulu bahawa barangsiapa mengerjakan yang demikian itu nescaya ia akan dipeliharakan daripada segala kejahatan dan daripada marabahaya, daripada Jumaat yang pertama hingga Jumaat yang kedua dan adalah MEMELIHARAKAN IA BAGINYA DARIPADA SYAITAN..."


Rujukan:

Kitab Sairus Salikin ila Ibadati Rabbil Alamin, Sh Abd Samad Palembang..

Selamat Beramal. 

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...