**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

19 June 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Syaaban al Muazzam 1433 H


*(Semua hadis di bawah adalah dipetik dari kitab guru kami Futuhat karya Maulana Sheikh Adnan dalam bab SYAABAN AL MUAZZAM)

Dari Saidatina Aisyah ra: Sesungguhnya bulan yang paling disukai oleh Rasulillah saw adalah bulan Syaaban.


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Allah Taala memilih kita untuk kembali menghirup udara Syaaban al Muazzam!

Tak sampai sebulan lagi kita akan menjengah bulan Ramadan al Mubarak pula. Tak sabar rasanya... dan Rejab Al Murajjab al Asob wal Asom sudah melabuhkan tirainya....

Dalam kesempatan ini marilah kita menghayati beberapa hadis dan tulisan ulamak berkenaan beberapa hadis tentang bulan Syaaban ini agar menaikkan lagi momentum niat kita untuk melakukan khayrat dan amal soleh.

* Syaaban adalah perisai dari neraka. Sesiapa yang berhajat untuk menemuiku maka berpuasalah dalam bulan Syaaban walaupun hanya tiga hari.

* Sesiapa yang berpuasa Khamis minggu pertama Syaaban dan Khamis minggu terakhir Syaaban, maka Allah berhak memasukkannya ke dalam syurga.

* Dari Anas ra pernah bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang puasa yang paling afdal selepas Ramadan.. Maka Nabi Saw menjawab: Puasa di bulan Syaaban....


Di dalam bulan Syaaban ada satu malam yang dinamakan Lailatul Baraa'h; Malam Nisfu Syaaban:

* Dari Nabi Muhammad saw bersabda: Satu malam Jibril as datang kepadaku pada malam pertengahan bulan Syaaban. Berkata Jibril as: Wahai Muhammad saw angkat kepalamu ke langit. Maka saya bertanya: Malam apakah ini....????

Maka Jibril as berkata: Inilah malam di mana Allah Taala membuka 300 pintu rahmat dan Allah mengampun semua hambanya kecuali yang mensyirikkanNya dengan sesuatu, tukang sihir, penilik nasib, orang yang selalu berzina dan peminum arak.

--------

Qiamlah pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya ok!!!

Jadi apa lagi... Kejarlah tawaran berganda ini!!!

Salam Syaaban untuk semua!!! Ceria Selalu!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...