**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 June 2012

Amalan Hari Jumaat (3): Amalan Kesembuhan Penyakit Pada Hari Jumaat: Surah Al Kahfi

Sunat dibaca pada hari Jumaat

Assalamualaikum semua..

Telah menjadi rutin di KISWAH pada setiap petang selepas sesi rawatan ruqyah dan Solat Asar, KISWAH mengadakan suhbah ringkas menggunakan kitab Sairus Salikin..Maka kini kami memasuki tajuk adab-adab hari Jumaat.

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu amalan yang disebut oleh Sheikh Abd Somad Palembang di dalm kitab tersebut di bawah tajuk "Adab-adab hari Jumaat."


Selamat beramal... Boleh beramal dengan diniatkan untuk kesembuhan ahli keluarga jua...


Adab yang keempat:

Sunat pada hari Jumaat itu membanyakkan membaca al Quran sayugianya bahawasanya menentukan pada hari Jumaat itu membaca Surah Al Kahfi.

Kerana kelebihan membaca Surah Al Kahdi pada hari Jumaat dan malamnya itu amat banyak.

Dan setengah daripanya; Sesungguhnya telah meriwayatkan akan hadis nabi saw oleh Saidina Abdullah bin Abbas RA dan Saidina Abu Hurairah RA;

Maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya diberi akan dia:

1) Nur daripada tempat membaca akan dia hingga ke negeri Mekah

2) dan diampun baginya dosa daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lain dan dilebih darinya tiga hari

3) dan mengucap selawat yakni meminta ampun baginya oleh 70 000 malaikat hingga waktu Subuh 

4) DAN DISEMBUHKAN AKAN DIA DARIPADA SEGALA PENYAKIT

5) dan daripada penyakit  'dabilah' iaitu penyakit barah yang membengkak dan memecah di dalam perut

6) dan disembuhkan daripada penyakit yang di dalam lambung

7) dan daripada penyakit sopak

8) dan penyakit kusta

9) dan dilepaskan daripada fitnah ad Dajjal...
Rujukan:

Kitab Sairus Salikin ila Ibadati Rabbil Alamin, Sh Abd Samad Palembang..

Selamat Beramal.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...