**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 June 2012

Tanda-tanda dan Gejala Rumah Berhantu (2)

..hendaklah dibacakan ruqyah di rumah yang 'berhantu'..



BAHAGIAN 2:

Assalamualaikum semua...

Dalam bahagian kedua kita akan membincangkan dengan lebih mendalam lagi tanda-tanda gangguan jika terdapat di rumah.

Jika rumah anda mempunyai masalah sebegini. Dikhuatiri rumah anda mempunyai unsur2 gangguan makhluk halus....

Tanda 1

Rumah muram, suram, guram dan gelap. Tiada nur, hilang keceriaan dan serinya. Tiada semangat ingin memasukinya.



Tanda 2

Terjadinya gejala paranormal di dalamrumah. Simptom seperti muncul lembaga, bayi menangis, balingan batu seperti yang telah disebutkan – secara konsisten.




Tanda 3

Terdapat banyak kelawar bergantungan. Najis kelawar memenuhi syiling dan sekitar rumah. Najis2 binatang di merata tempat.

Tanda 4

Kebiasaannya rumah yang diperbuat daripada kayu kayan bukit atau kayu2 bangunan lama seperti istana dan rumah lama. (dikitar semula)

Tanda 5


Rumah yang tidak dijaga kebersihan. Sisa makanan dibiarkan semalaman. Sampah sarap tidak dibuang (khususnya tuala wanita). Najis haiwan peliharaan tidak dibersihkan.

 
Tanda 6

Rumah yang tidak terjaga syariatnya seperti terdapat patung perhiasan, gambar penuh benda hidup dan perhiasan agama lain. Juga menyimpan BARANG SIHIR seperti keris lama dsb.




Tanda 7

Berkaitan dengan penghuni. Lihatlah penghuninya sama ada tidak menutup aurat, tidak solat, hubungan bebas,memasang cerita dan lagu yang melalaikan dan percakapan yang nista dan tidak menggambarkan akhlah muslimin yang sebenar.


Maka hendaklah dibaca dan dipasangkan bacaan cd ruqyah syariyyah di rumah anda dan berjumpa perawat Islam untuk melakukan ikhtiar pemulihan rumah menggunakan kaedah ruqyah syariyyah yang menepati syara'...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...