**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 June 2012

Amalan Hari Jumaat (2): Amalan Murah Rezeki dan Dipermudahkan Membayar Hutang

.."Apapun kita beramal, niatkan untuk taqarrub mendekatkan diri kepada Allah, tentang habuan dan fadhailnya terpulanglah kepada Allah untuk menganugerahkannya atau tidak... Kita ikhlaskan niat beramal ibadah kepadaNya Insya Allah...


Amalan Hari Jumaat (2): Amalan Murah Rezeki dan Dipermudahkan Membayar Hutang



Assalamualaikum semua..

Telah menjadi rutin di KISWAH pada setiap petang selepas sesi rawatan ruqyah dan Solat Asar, KISWAH mengadakan suhbah ringkas menggunakan kitab Sairus Salikin..Maka kini kami memasuki tajuk adab-adab hari Jumaat.

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu amalan yang disebut oleh Sheikh Abd Somad Palembang di dalm kitab tersebut di bawah tajuk "Adab-adab hari Jumaat."

Satu amalan yang ingin saya kongsikan adalah amalan murah rezeki seperti yang disebutkan di dalam kitab Sairus Salikin:

“Dan sunat pula membaca kemudian daripada sembahyang Jumaat itu”


اللَّهُمَّ يَا غَنِىُّ يَا حَمِيدُ يَا مُبْدِىءُ يَا مُعِيدُ يَا رَحِيمُ يَا وَدُودُ أَغْنِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Sayugia dibacakan doa ini tiga kali.

Kata Imam Ghazali RA ia naqal dari ulamak yang terdahulu:

Ertinya:

“Barangsiapa yang mengekalkan atas membaca doa ini nescaya mengkayakan akan dia oleh Allah Taalah daripada makhluknya dan memberi rezeki ia akan dia daripada sekira2 tiada dapat dikirakannya dan dengan tiada diusahainya.”

"Bukanlah KAYA itu dengan banyaknya harta, namun KAYA yang sebenar adalah KAYA JIWA..." (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


 Dan lagi sabda Nabi Muhammad saw:

Hendakkan aku ajar akan dikau beberapa kalimah yang engkau baca jikalau ada atasmu hutang seperti Bukit Uhud sekalipun nescaya membayar Allah Taala akan hutangmu itu dengan berkat membaca kalimah doa itu daripadamu iaitu:


اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَ أَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


( Hadis Riwayat Imam Tirmizi (al Ittihaf 3/444)

Demikianlah yang meriwayatkan akan hadis ini oleh Imam at Tirmizi dan Imam Ahmad bin Hanbal daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA dan menyebutkan akan dia oleh Imam ad Darimi di dalam Syarah al Minhaj akan hadis ini ia naqal daripada Sheikh Abi Tholib al Makki yang mengarang kitab “Qut al Qulub” demikian lagi ia naqal daripada al Allamah Ibn Abi as Soif RA:

“Barangsiapa membaca doa ini pada hari Jumaat tujuh puluh kali nescaya tiada lalu di atasnya dua Jumaat sehingga jadi kaya ia..”

Demikian disebutkan akan segala riwayat ini oleh as Sheikh Abd Qadir al Faqihani di dalam Syarah Bidayatul Hidayah.


Selamat Beramal!

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...