**Ahlan Ya Syahra Ramadhan Al Mubarak 1437H! Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 June 2012

Herba Penawar Sakit Buah Pinggang: Katik Murai / Belalai Gajah / Sabah Snake Grass. RM20 + RM8 (SM) / RM12 (SS)

Ikhtiar penyembuhan Insya Allah.
Assalamualaikum semua.. 
1) Baru-baru ini saya diperkenalkan oleh anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu akan sejenis daun yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
 2) Petang tadi di Kedai Makanan Sunnah KISWAH MUSLIM SHOPPE, seorang guru menyatakan kpd kami bahawa rakannya yang mengalami kerosakan buah pinggang dan hampir dibuang; sembuh setelah mengamalkan pemakanan buah tin secara berterusan.. Allah Huwas Syafi.. "

3) Seorang pesakit saya dari Jengka 2 Maran Pahang; suspect sakit buah pinggang. Beberapa minggu lagi nak buat tapak untuk dialisis. Saya bekalkan buah tin dan belalai gajah / katik murai. Apabila ke hospital nak buat tapak untuk dialisis. Tak jadi. Doktor pun terkejut dan bertanya.. Puan makan apa.. tak perlu dialisis sebab buah pinggang dah pulih... Allah Huwas Syafi.."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
 
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Daun Katik Murai / Belalai Gajah

Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
Hanya Allah yang menyembuhkan

Cara-cara menggunakannya:

Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.

Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.

Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
 ATAU: paling kurang:
Secekak hempedu bumi direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
 Set rawatan buah pinggang.

1 paket buah tin 250 gram rm13  + 1 paket belalai gajah rm20. Hantar rm7=rm40

Bank in Maybank  156057415555  Muliati bt Saad .Dah Bank in sms / whatsaap nama, alamat dan bukti bayar.

1) Buah tin sepaket 250 gram  untuk 1 minggu. 1-3 biji sekali makan sejam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. (Boleh blender dengan air)


2) Sepaket belalai gajah untuk 2 minggu. Secekak belalai gajah rebus seperiuk kecil air. Habiskan minum dalam sehari. Esp sebelum tidur. Buat 40 hari. Minum panas2. Jangan campur gula.. Dapatkan DI SINI atau DI SINI atau ikut sahaja aturan pembelian di atas.

3)  ARABIC GUM: Sesudu campur dengan air ruqyah. Minum setiap hari sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi selama 40 hari atau 3 bulan.

4) Tombong kelapa: Dimakan sebiji sehari bersama air... Selama 7 hari..

5) Sedekah hari2 dengan niat kesembuhan.. Sedekah memanjang umur dan mengangkat bala'

6) Bernazar: Jika sembuh akan berpuasa sehari / umrah / jamu fakir miskin etc

7) Sembelih seekor kambing dan buat kenduri Doa Selamat dan Solat Hajat. Minta tuan2 guru dan orang soleh mendoakan kesihatan kita...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...