**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

02 May 2010

Rawatan Sihir: Teknik Ruqyah Syariyyah Cara Ketujuh: Mandian Rebusan Air Mawar


Cara ketujuh:

1) Kumpullah sebanyak mungkin bunga rose (yang terbaik seumpama dinyatakan di dalam kitab perubatan adalah jenis Rose al Mafazah dan al Basatin) dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air mutlak yang suci bersih.

2) Kemudian didihkanlah dengan api yang perlahan-lahan.

3) Tunggu sehingga 'air rose' tadi suam.

4) Bacakan ruqyah kepada air tersebut.

5) Mandi sehari sekali sebelum Maghrib paling kurang selama seminggu. Jangan lap dan jangan bilas dengan air yang lain; terus pakai baju... Boleh juga mandi dengan mandian air mawar ruqyah plus air batu... (mandi dalam keadaan air sejuk..)

Insya Allah dengan izin Allah, mudah-mudahan pesakit beransur-ansur sembuh.

3 comments:

  1. Saya juga pernah terbaca bahawa bau yang terbaik adalah bau rose dimasyq

    ReplyDelete
  2. ..dan saya juga pernah terdengar bahawa rose yang terbaik dan mempunyai frekuensi yang tinggi untuk menghambat jin adalah rose putih..

    ReplyDelete
  3. minyak wangi terapi al Quran
    Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

    “Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.:

    Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!:

    Tekniknya adalah;:

    Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.:

    Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah::

    20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.:
    2: Dua lubang hidung.
    2: Dua lubang telinga.
    2: Dua kening berdekatan mata.
    1: Sekeliling mulut.
    2: Dua puting payu dara.
    2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
    1: Lubang pusat.”:

    Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.:

    Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….:

    Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam’. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Bau Rose menjadi kegemaran mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk. :

    Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.:

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...