21 August 2011
Kenangan Bengkel Mawlawi dan Ifthar di KISWAH
Mawlawi workshop
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, whirling workshop, ifthar dan tarawih berlangsung dengan jayanya di KISWAH Temerloh pada 20 Ramadan lalu...
Walaupun agak keletihan kerana merawat pada sebelah pagi, majlis Whirling Workshop selepas Zuhur diteruskan jua dengan penuh mahabbah dan dihiasi untaian selawat dan majlis sama'...
Whirling Workshop ini diadakan sabagai menyahut saranan Tuanku Sheikh Raja kepada saya secara peribadi agar mengajar sebanyak mungkin ikhwan untuk belajar mawlawi atau juga dipanggil zikir daurani / sama' / di Barat dikenali sebagai Whirling Dervish "ahli sufi yang berputar".
Pada kali ini majlis dihadiri oleh Altaf, Wan Man, Us Sobri, Farhi Ganu dan Cikgu Adib... Majlis dimulai dengan pengisian teorikal dan diakhiri dengan praktikal... Diiringi dengan solawat, nampaknya peserta pada kali ini mudah dan cepat belajar. Alhamdulillah.... Boleh jadi kita yang beberapa kerat ini sahajalah satu2nya kelompok whirling dervish di bumi Malaysia ini. Berbeza dengan sahabat2 kita di Indonesia.
Majlis berbuka puasa dan tarawih
Alhamdulillah majlis berbuka puasa telah dihadiri hampir 20 orang tetamu. Antara yang hadir Us Nazri dan sahabat2 dari Kelas Bimbingan al Quran as Syatibi Sg Besar dan Teluk Intan, Sofwan Raub, Us Zul Bentong, Saiful HA dan sahabat, Azizan Jengka 23, Us Rahmat JQaf dll. Terima kasih daun keladi kerana luangkan masa untuk hadir dan membawa juadah pada hari tersebut...
Majlis diteruskan dengan solat Maghrib , Isyak dan Tarawih berjemaah. Setelah selesai solat saya membacakan sedikit sedutan kitab Futuhat dan Sairus Salikin berkenaan bulan puasa. Saya juga menyentuh berkenaan kelebihan kitab Ihya', Biadayatul Hidayah dan Sairus Salikin serta sejarah Imam al Ghazali, rawatan budak tidak bercakap dan amalan wirid li tafrijil kurub; untuk merungkaikan kesulitan pada diri dan keluarga...
Majlis diakhiri moreh dan wada'... Saya pulang ke rumah 2 am lebih dalam keadaan amat berpuas hati walaupun kepenatan..
.. dan tidak lupa buat akhirnya kepada bidadari tercinta, zaujah yang menjadi mastermind untuk acara buka puasa yang telah berjuang bertungkuslumus sedari beberapa hari sebelumnya membeli segala bahan makanan dan memasak dari pagi hingga malam hari. Semoga menjadi seperti isteri Maulana; al Marhumah Hajah Anne / Aminah yang memasak setiap hari malah adakalanya sepanjang malam untuk menyediakan makanan kepada tetamu yang datang setiap hari sepanjang tahun di dergah Maulana Sheikh... al Fatihah kepada rohnya... dan terima kasih dan tahniah kepada bidadari tercinta...
Syukur Ya Rabb kerana rahmatMu melimpah ruah dan akhirnya program berjaya dilangsungkan dengan lancar... Alhamdulillah thumma Alhamdulillah....
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!
p/s: Jangan lupa hadir pada majlis rumah terbuka KISWAH pula nanti...
Wassalam!