07 August 2011
Rawatan Sakit Kepala
Assalamualaikum semua...
Jika terdapat pesakit pening kepala datang ke pusat rawatan saya biasanya nasihatkan:
1) RUQYAH: takut ada gangguan dalam badan yang menyebabkan sakit kepala
2) Baca al Fatihah sendiri: hujung telujuk dan ibu jari diletak di tepi dahi dan tangan dirapatkan di dahi.. baca al Fatihah 7 kali.. niat semasa baca "Iyyaka na;budu"
3) Pegang di tempat yang sama atau atas kepala lalu dibaca ruqyah: AL BAQARAH ayat 178
4) ..atau baca ayat 19 Surah AL WAQIAH; ayat menceritakan tentang penghuni syurga yang tidak pening dan pusing...
5) Jika berpunca dari angin dari perut; maka digalakkan makan 1) cuka kurma / epal b) Minyak zaitun sesudu c) madu .. sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi dan sebelum tidur..
6) Boleh juga ketika pening yang teramat; minum madu bersama setengah biji lemon atau limau nipis.... supaya kasi potong pening tu...
7) Jadikan minyak zaitun ruqyah sebagai minyak rambut utama.. kerana di dalam kitab Syamail Muhammadiyyah Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa antara sifat nabi sering kelihatan rambutnya berminyak dengan ; Minyak Zaitun... boleh juga sapu di tengkok dan perut...
8) Berbekam 3 bulan sekali di kepala dan tengkok serta di belakang badan.
9) Mandi air ruqyah plus air batu dan garam selama 7 petang...
... Selamat mencuba!!!!
UNTUK MENDAPATKAN CUKA KURMA, CUKA EPAL, MADU DLL. SILA KLIK DI SINI!!!
Labels:
rawatan islam