**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 August 2011

Selamat Tinggal Syihan dan Sufian














Assalamualaikum semua...

Dalam suasana di ambang Syawwal dan sayup2 kedengaran lagu2 hari raya dari kedai berhampiran Syihan mengumumkan pengundurannya dari KISWAH setelah lebih kurang 4 bulan berkhidmat di KISWAH...

28 Ramadan juga menyaksikan Sufian memberikan ucapan perpisahan dengan KISWAH setelah hampir 1 bulan lebih berkhidmat.. Ini kerana beliau yang sedang cuti sem akan menyambung pengajiannya di USIM setelah hari raya nanti..

Adapun bagi Syihan, beliau akan beralih bidang pekerjaan mengikut kelulusan beliau dalam bidang komputer..

Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada Syihan dan Sufian yang telah bertungkus lumus berjuang bersama KISWAH selama ini.. Diharap bidang baru yang diceburi Syihan berupaya memberikan lebih kepuasan kepadanya....

Saya juga memohon ampun dari mereka sekiaranya ada tindak tanduk saya yang mengguris hati...

Selamat Hari Raya dan Ampun Batin dan Zahir saya ucapkan kepada Syihan dan Sufian...

... Tinggallah saya keseorangan di KISWAH Temerloh.. Dalam pada itu saya juga berdoa kepada Allah agar Allah menyaring dan mengutuskan sahabat2 seperjuangan bagi membantu perjuangan dan dakwah saya sehingga ke akhirnya... Semoga ada pembantu yang Allah Taala utus untuk membantu saya di dalam perjuangan ini sehingga ke akhirnya... Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...