**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 August 2011

Komen isu menyebarkan kisah bertemu Rasullullah saw


Jangan menceritakan pengaalaman rohani kita kepada orang lain selain mursyid dan jgn pula menyebarkan pengalaman sahabat kita kerana khuatir 'merosakkannya'..

Benar berjumpa Rasulullah itu adalah benar.. itu bertepatan dengan hadis: Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “ Saya dabith dari Sheikh Fahmi Zamzam mengatakan bahawa sesiapa yang berjumpa Rasulullah di dalam mimpi maka itu adalah benar2 Rasulullah kerana syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah...


.. dan Sh Fahmi Zamzam juga menyebut sebuah hadis sohih Bukhari; “Sesiapa yang bermimpi berjumpaku di dalam mimpi maka sesungguhnya dia akan berjumpa denganku di dalam keadaan jaga..”


Berkata ulamak “di dalam keadaan jaga” terdapat dua pendapat ulamak:

a) dalam keadaan jaga di akhirat di taman syurga Allah Taala

b) di dalam keadaan jaga di dunia lagi sebelum di akhirat sana… dan ini adalah pendapat yang terkuat…


Berkata Tuan Guru Hj Saleh Sik Kedah: "Ia merupakan 'satu bisyarah' iaitu khabar gembira bahawa yang bertemu Rasulullah itu adalah calon penghuni syurga...


CUMA:


Tak salah sesiapa sahaja berjumpa Rasulullah .. itu adalah rezekinya... cuma di dalam ilmu kerohanian dan kesufian... menceritakan pengalaman2 rohani begitu lalu mempromosinya kepada umum adalah menyalahi adab2 kesufian. Ini kerana:


a) Ia merupakan hadiah dari Allah kepada kamu yang bermimpi sahaja.


b) Boleh merosakkan orang yang bermimpi apabila campurtangan 'rasa hebat' orang lain terhadap kamu mampu merosakkan hati kamu yang sedang diperbaiki Allah...


c) sepatutnya kamu patut menceritakan kepada guru2 mursyid kamu terlebih dahulu/ mana2 orang soleh untuk meminta petunjuk...


d) tidak digalakkan menceritakan perkara ini kepada umum takut akan mendatangkan fitnah dan prasangka buruk kepada orang awam...


"Tidak boleh menceritakan kepada umum pengalaman rohani (seperti berjumpa nabi ) lalu dipromosi begini kerana ianya adalah hadiah dari Allah kepada kamu dan hanya kamu seorang.. sekiranya kamu menyebarkannya kepada orang lain maka layaklah kamu diSEBAT (Sheikh Hisham)"

* Sheikh Hisham Kabbani yang merupakan ulamak sufi menggunakan expression 'sebat' sebagai menggambarkan bahawa perbuatan begitu adalah amat salah.. kerana bisa merosakkan hati pemimpi apabila pandangan tinggi dan sanjungan orang kepadanya mampu merosakkan hati pemimpi"


* Adapun kisah ulamak dan wali bertemu Rasululah dan karamah2 mereka yang ditulis di dalam kitab2 lama seperti Jami' Karamat Awliya' malah di dalam Bustanul Arifin li Imam Nawawi ra serta 1001 kitab lain pula adalah tulisan dari ulama' yang mukhlisin yang kebiasaannya menulis dan meriwayatkan kisah ini selepas kematian tokoh2 tersebut. Kalau pun tokoh tersebut masih hidup; tokoh yang penuh karamah dan kisah2 bermimpi Rasulullah saw itu bukan calang2 orangnya dan diterima ummah sebagai orang yang super soleh yang ma'ruf di kalangan masyarakat... Kisah2 ini ditulis semata2 untuk mendidik masyarakat ghairah untuk bersama CINTA ALLAH dan RASULNYA SAW>...Namun adapun kita yang hina dina dan tidak terbanding dengan mereka ini???.......


* .. dan saya dimaklumkan oleh pelajar uia sendiri bahawa beliau yang bermimpi ini juga merupakan seorang pesakit gangguan makhluk halus yang tegar.. dan saya sebagai seorang pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah... selalu berjumpa dengan pesakit gangguan yang mengaku selalu berjumpa Rasulullah dan para wali Allah selalu mengelilinya... WALLAHU A'LAM....


Sila rujuk ebook saya: http://kamustafsirmimpi.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...