**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

03 August 2011

Kenangan Seminar Kole Profesional Mara Bandar Penawar









Assalamualaikum.. Ramadan Kareem..

Selamat Menyambut Ramadan yang Mulia..

Alhamdulillah seminar kami di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar berlangsug dengan jayanya.

Terima kasih dan tahniah kepada semua ajk pelaksana khususnya Puan Wan Arliza dan En Musa yang juga merupakan tenaga penggerak Usrah di KPM Bandar Penawar yang tidak jemu2 berjuang bagi menjadikan seminar rawatan Islam pada kali ini menjadi kenyataan. Tahniah dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada nadi penggerak utama program ini, Ustazah Wan Arliza dan anak2 buah yang cekal berjuang menegakkan kebenaran walaupun pelbagai pihak yang menaburkan kata nista dan fitnah. Semoga Allah Taala memberikan kalian semua kesabaran berkat bulan Ramadan mulia ini dan memberikan hidayah kepada mereka yang menabur fitnah.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir termasuklah Saudara Firdaus yang merupakan seorang muallaf merangkap bekas paderi Kristian yang turut serta pada seminar kali ini.

Seminar yang disertai hampir 80 orang peserta yang rata2 merupakan nuqaba' dan naqibat usrah KPM, staff KPM dan orang2 awam sekitar Kota Tinggi.

Rombongan KISWAH yang disertai pembantu saya Syihan dan Us Sufian bertolak pada pagi Jumaat, berhenti di Bera untuk sarapan dan Solat Jumaat di Nyalas. Kami tiba pada pukul 5 petang di Kota Tinggi dan singgah sebentar di Felda Air Tawar 4 di rumah Us Zaki untuk bersiap2...

Kemudian kami bertolak ke KPM dan bermalam di sana....

Seminar pada hari Sabtu berlangsung dengan penuh mahabbah dan mawaddah... Alhamdulillah...

Pada malamnya kami ke kediaman Cikgu Ishak Halus untuk sambutan Maulid dan tausiyyah kepada ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) sempena sambutan Ramadan...

Pada hari Ahad 31 Julai, KLINIK KISWAH dihadiri hampir 50 orang pesakit dan rawatan berlanjutan sehingga ke petang.

Setelah bersiap,kami dijemput ke rumah Ketua Pengarah dan sempat bertukar2 pandangan dengan beliau dan dijamu makan petang.. Alhamdulillah....

Kami pun bertolak pulang dan sampai ke Temerloh lebih kurnang pukul 3 pagi...

Terima kasih kepada semua khususnya yang membantu secara langsung seminar dan klinik pada kali ini, Us Zaki, Us Azhari, Cikgu Ishak, A Zaid, Jan, A Azman, A Junaidi, En Musa, Puan Arliza, Sufian dan Syihan...

Terima kasih...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...