Akhir-akhir ini heboh diperkatakan dengan pendapat yang dipopularkan oleh puak wahhabi bahawa bonda dan ayahanda nabi saw adalah musyrik @ kafir..
Benarkah dakwaan mereka..
Ini satu jawapan kepada mereka.
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi
peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan
dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.
Memperingati dan meraikan kelahiran
baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda
yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap
ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan
menyambut Mawlid Nabi SAW.
Insya-Allah, di kesempatan yang akan
datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini
yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.
Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan
suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan
kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas
bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.
Persoalan yang dimaksudkan adalah
dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka
yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.
Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.
Masyarakat Arab jahiliah
Zaman Jahiliah yang meliputi era
kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan
unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.
Manusia pada zaman tersebut melakukan
amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah
menyeleweng sekian lama.
Diriwayatkan bahawa pegangan asal
masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya
era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru
ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat
asing.
Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah:
“Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada
di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah ‘Amru ibnu ‘Amir al Khuza’i
memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk
Nabi SAW. Maka ‘Amru ibnu ‘Amir telah mengasaskan penyembahan berhala
dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat.”
Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.
Ahli fatrah
Setelah sekian lama amalan penyembahan
berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang
lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat
keuzuran daripada sebarang petaklifan.
Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.
Golongan ini walaupun melakukan
penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka
menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra’: 15)
Agama dan kepercayaan
Dalam keadaan masyarakat yang begitu
tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat
juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di
antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada
acuan asalnya.
Demikian juga tidak sunyi pada zaman
tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan
ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali
sebagai agama hanif.
Ajaran ini tidaklah tersebar luar
sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi
ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail a.s.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan
manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.
Ada banyak fakta sejarah yang
diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di
kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif
tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah
Adnan, Ma’ad, Rabi’ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama
Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan
dengan ucapan yang baik.
Daripada perbahasan di atas secara
ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia
sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan
neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang
berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.
Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita
melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah
dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan
i’tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menyentuh tentang perbahasan akidah
ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih
adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim
a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.
Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip
daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa
mereka adalah golongan yang beriman.
Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail),
orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah
daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)
Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di
dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah
Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai
Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah
aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.
Ibnu Jarir berkata: “Allah telah
memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang
pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala”.
Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam
tafsirnya, Sufyan ibn ‘Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah
seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?
Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)
Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu’ara’: 219)
Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas
RA berkata: “Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain,
kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai
seorang nabi”.
Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah
SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi
nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW
bersabda: “Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah
walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil
pernikahan seumpama Islam”.
Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada
Ummu Sama’ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah
menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad
ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah
memandang wajahnya seraya berkata: “Semoga Allah memberkatimu dari
kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati,
tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan
Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak
disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa
yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada
sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang
Mempunyai Keagungan dan
Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan
juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka
Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak
menyembahnya bersama kaum jahiliah”.
Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan
isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk
terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas
bagi kita.
Marilah kita mengambil sikap yang lebih
selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan
kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang
dilaporkan berkata: “Aku berfatwa sesungguhnya yang layak
(dii’tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan
Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama
hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak
melakukan amalan menyembah berhala”.
Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma’ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan,
ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan
kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang
lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.
Semoga kita sentiasa digolongkan di
kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW
dengan sebaik-baiknya.
.. dan lagi:
Tadi
Syeikh Ahmad al-Hadi ada cerita tentang title bonda dan ayahanda Nabi
SAW di akhirat kelak.Dalam mazhab Maliki dah selesai masalah ibu bapa
Nabi SAW sebab tempat depa takdak Wahabi.Mazhab Syafii yang dok jawab
masalah ni sebab tempat depa berhampiran dengan geng2 Wahabi ni.Kalau
dalam mazhab Syafii nama Imam Suyuti dah cukup dalam isu
ni.Kesimpulannya ASWJ ada 3 pandangan tentang ibu bapa Nabi SAW:
Pendapat
pertama; Ulama hadis di kalangan ASWJ berpendapat ibu bapa Nabi SAW
termasuk ahli fatrah.Dan ahli fatrah sebagaimana dalam hadis akan diuji
dengan disuruh masuk ke dalam api.jika mereka ikut maka mereka berjaya
masuk syurga.Dan jika mereka enggan mereka akan masuk neraka kerana jika
diutuskan Nabi pun mereka akan ingkar.Ini pendapat yang paling syadid
dalam masalah ni di kalangan ASWJ.
Qaul kedua kata kedua ibu bapa
Nabi SAW ikut agama Islam yang dibawa Nabi Ibrahim a.s.Imam ar-Razi,
ulama tafsir mengatakan daripada bapa Nabi hinggalah kepada Nabi Adam
a.s merupakan Qutub pada zaman masing2.Ayah2 dan datuk2 Nabi SAW adalah
mutiara bagi segala makhluk Allah.
Sayyidina Abdul Mutallib datuk
Nabi SAW contohnya adalah orang pertama yang berkhalwat di Gua Hira’
pada bulan Ramadhan mengikut syariat Nabi Ibrahim.Beliau juga orang
pertama yang melakukan nazar korban unta.Dan Khidir merupakan Khadam Abd
Mutallib.
Daripada Sayyidina Adam a.s sentiasa membawa Nur
Muhammad dengan unsur Jamal dan Jalal.Apabila sampai kepada Sayyidina
Abdul Mutallib ia berpecah dua kepada Sayyidina Abdullah dan Abu
Talib.Akhirnya lahirlah Rasulullah SAW dengan membawa unsur Jamal
manakala Sayyidina Ali membawa unsur Jalal.Setelah Sayyidina Ali
berkahwin dengan Sayyidatina Fatimah kedua-dua unsur itu diperturunkan
kepada Sayyidina Hasan dan Husin bi Ali yang merupakan cucu Rasulullah
SAW.
Qaul ketiga mengatakan Allah menghidupkan ibu bapa kedua
Nabi SAW.Walaupun hadis berkenaan dari segi sanad adalah dhaif namun
disohihkan maknanya oleh Ibnu Solah dan dia mengatakan siapa
memperlekehkan dengan mengatakan ia hadis dhoif kepala otak dia yang
doif.
Wahabi is poison......
ReplyDeleteDoa hidayah seluruh alam!!
Delete