**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

02 January 2012

Merawat Masalah Ketagihan Rokok, Dadah dan Alkohol serta Tabiat Buruk


Garam Bukit Meredakan Ketagihan... Amalkan secubit campur dengan air ruqyah yang dibacakan al Fatihah 40 kali /

Air tembikai yang diruqyah diminum sebanyak mungkin...


MASALAH KETAGIHAN

1)      Baca al Fatihah 40 kali dibaca pada air dan diminum dua kali sehari . Bacaan niat untuk hilang tabiat buruk.

2)      Dadah rokok: Bacaan yang sama pada sebiji kelapa + garam bukit dan diminum tiap hari dua kali sehari. Boleh juga dibaca pada air tembikai dan diminum sebanyak mungkin.

Garam Bukit Membantu Mengawal Ketagihan:

 

Garam Bukit dalam Perubatan Islam- lancar darah,masalah saraf - kebas, sihir/santau/saka, pagar rumah, masalah ketagihan, lemah badan,migrain, buang toksin, sakit lutut, gout dll


 SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam . Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”Hadis riwayat Al – Bazzar.

Garam Sunnah dan Pengamalannya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

Kelebihan garam

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.


Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.

Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.

Boleh dapatkan di:



3 comments:

  1. If any body love rasullulah....stop smoking...I stop smoking cause rasullulah ....best medicine....

    ReplyDelete
  2. Mohon izin untuk saya amalkan ilmu yang tuan kongsikan dalam tulisan tuan. Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...