**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

08 January 2012

Menghapuskan Sihir 'Pocong?'


 
Assalamualaikum semua,

Satu objek dijumpai di depan sebuah rumah menyebabkan ahli keluarga dipercayai dikenakan sihir takhayyul (sihir khayalan pandangan) sehingga ternampak-nampak lembaga berupa pocong, bermuka hitam bermata merah.

KISWAH dipanggil lalu kami mendapatkan barang berkenaan. Saya terjumpa 3 batang pisang, satu set tangga mini yang diperbuat dari buluh kononnya dipercayai bagi mempersilakan makhluk tersebut naik ke rumah mengganggu keluarga terbabit. Kemudian apa lebih suspend lagi adalah satu objek berbentuk orang yang telah dikapan / pocong / big sweet.








 
Pada mulanya saya agak suspen. Manalah tahu ada mayat bayi dibuang atau sebagainya. Apabila saya mengambilnya ternyata ia adalah sebiji kelapa tua yang tidak bertempurung dan dibentuk menyerupai manusia yang sedang baring. Dibalut dengan kain putih umpama kapan dan dicucuk dengan berpuluh-puluh jarum. Mungkin dengan niat untuk mencucuk dan menyakitkan penghuni rumah terbabit. (Macam voodoo).


Tawakkal ala Allah.. BismilLLAHillazi la Yadurru saya mengambitnya lantas membacakan ruqyah, menyembur air kasturi ruqyah dan membakar objek tersebut...








Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan step yang seterunya saya membacakan ruqyah dan menyemburkan air ruqyah di dalam rumah mangsa lalu meletakkan empat botol air ruqyah di empat penjuru rumahnya...

Awas kepada bomoh dan yang mengupahnya!!!!

Sesungguhnya dalam syariat Islam hukuman kepada tukang sihir itu adalah hukuman pancung sampai mati kerana kedahsyatannya!!!!






Hadis nabi saw: " Haddus Sahir, ad dorbah bis saif.." Hukuman hudud bagi tukang sihir adalah dipancung sampai mati.."

Sudahlah dosa besar, dihukum mati di dunia dan akan dikukum diakhirat!

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...



 dan video rakamannya:

(1)





(2)



 WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...