**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

19 January 2012

Kenangan Bersama KIPSAS Bersolawat 2012



Alhamdulillah KISWAH; saya, Cikgu Adib, Lukman, Anas Tafhiz Pahang diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadri program KIPSAS bersolawat di Kuantan pada 16 Jan 2012 bersamaan hari Isnin yang lalu.. Di sana kami berjumpa dengan ahli keluarga KISWAH yang lainnya seperti Saudara Wan Amirul Syafiq dan Azwan Sabah serta Farid..

Jemputan yang hadir adalah Habib Ali Zainal Abidin;( Darul Murtadha) dan Ustaz Mustafal Kamal (Pengerusi Ikatan Pengkajian Tasawwuf (IPTAF).


Kami bertolak dari Temerloh selepas Zuhur sesudah sesi rawatan berakhir sebelum Zuhur.

Kami sampai ke Kolej Islam Pahang selepas Maghrib..

Alhamdulillah, KISWAH diberi kesempatan untuk mendengar tausiyyah dari al habib dan Ustaz Mustafa serta alunan qasidah oleh kumpulan solawat Nurul Mustofa KIPSAS>..


Selepas itu sedikit jamuan ringan diadakan.. Terima kasih kepada semua adik2 KIPSAS dan tahniah kepada antum atas usaha murni memartabatkan program CINTA ALLAH dan CINTA RASULULLAH saw kepada umat Islam di negara kita amnya dan warga KIPSAS khususnya..


Insya Allah usaha2 adik-adik KIPSAS ini memberikan  inspirasi berganda kepada saya untuk program yang bakal dianjurkan kelak...


"TEMERLOH BERSOLAWAT"..

ALLAHU HAQ! HIDAYAH SELURUH ALAM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...