**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 January 2012

Resepi Mudah Salatah Yang Berkhasiat!!!

Salatah atau Salad Arab yang begitu terkenal di bumi Arab. Sangat sedap dan berkhasiat!

Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba saya teringatkan kenangan Mesir, Syria dan Turki yang mengusik kotak ingatanku ini...

Terlintas saat manis bersama masyayikh yang tercinta dari Sadah Naqshbandiyyin yang selalu sahaja mengajak anak2 murid berjamu di rumah mereka....

Makanan yang paling menjadi ingatan saya selain Yogurt yang kini zaujah sudah bisa membuatnya secara 'homemade' adalah SALATAH. Salatah adalah satu sajian salad Arab yang sangat mudah untuk disediakan..Baik untuk kesihatan tubuh badan seisi keluarga. Patutlah para masyayikh sihat-sihat belaka kerana pemakanan mereka yang sihat dan luarbiasa.

Saya pun search internet lalu terjumpa web berbahasa Inggeris yang menerangkan cara penyediaannya...:

Saya kongsikan dengan anda semua...:


BAHAN-BAHAN

1) 2 biji tomato yang benar-benar merah

2) 5 biji timun kecil; baby cucumber yang berwarna hijau pekat

3) 2 ulas bawang putih

4) 3/4 sudu garam bukit / garam biasa pun boleh la jugak.

5) 1 sudu minyak zaitun extra virgin olive oil

6) 1 1/2 sudu jus lemon

7) 1 batang salad panjang (nak batangnya sahaja, daun tak perlu)

8) sedikit daun ketumbar, 1 - 2 batang

9) Tambahan jika mahu: Serbuk daun parsley dan mint kering - kat pasaraya mesti ada jual.


DAN CARA PENYEDIAANYA

1) Bawang putih hendaklah ditumbuk dahulu dengan garam

2) Campurkan dengan olive oil dan lemon juice.

3) Potong dadu sekecil yang boleh; timun, tomato, batang salad panjang dan racikkan daun ketumbar.

4) Campurkan semua bahan yang dipotong dadu tadi dengan campuran sebelumnya.

5) Masukkan serbuk daun parsley atau daun mint ke dalam campuran tadi..

DAH SIAP!!!!

Peringatan:

Sila makan segera; jika tidak ia akan menjadi berair dan tidak seenak salatah yang baru dibuat... Bermakna jika nak makan nasik je terus campur bahan-bahan tersebut yang telah dipotong ditumbuk siap-siap..

SELAMAT MENCUBA>>>>  :)

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...