**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

03 January 2012

Semoga Lekas Sembuh Qari CD Ruqyah KISWAH, Ustaz Wan Ahmad Tirmizi

 Assalamualaikum semua pembaca setia blog dan ahli keluarga KISWAH seluruh negara...

Ini adalah perkembangan terbaru Al Fadhil Ustaz Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman yang merupakan seorang Qari Ruqyah yang tidak asing lagi di negara kita.

Alhamdulillah selepas agak lama terlantar al Fadhil Ustaz Tirmizi semakin berangsur pulih. Saya dimaklumkan dari FB ustaz, beliau sudah boleh menggerakkan kakinya dan mampu berdiri seketika...


 Saya mengharapkan agar semua ahli keluarga KISWAH, Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah KISWAH seluruh negara, semua anak murid KISWAH, peserta seminar dan semua pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di KISWAH agar mendoakan Ustaz Tirmizi sihat seperti sediakala...

Ya Allah, kami tidak pernah lupa jasa al Fadhil Ustaz Wan Ahmad Tirmizi yang sudi membacakan ruqyah dalam cd ruqyah keluaran KISWAH.. Bayangkanlah sudah beribu-ribu orang mengambil faedah dan keberkatannya dan tidak terkira juga pesakit yang sembuh dengan ikhtiar menggunakan kaedah mendengar rakaman cd ruqyah ...Alunan bacaan ruqyah Ustaz Wan Tirmizi memang tiada tandingannya.... Alunan yang menusuk hati sanubari manusia dan jin...
Jasamu tidak kami lupakan..


Ya Allah, semoga Dikau sembuhkan al Fadhil Ustaz Tirmizi... 

Marilah sama-sama kita membacakan al Fatihah dengan niat kesembuhan al Fadhil Ustaz....

Al FATIHAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...