Alhamdulillah syukur kepada Allah, berkat inayah, iradah, qudrah Allah maka diizinkan kami untuk dipertemukan di dalam majlis tafaqquh perubatan Islam, majlis zikir dan maulid di HQ KISWAH di Temerloh..
Pertemuan kami pada kali ini menyaksikan pelbagai coretan dan aneka nostalgia indah yang sama-sama kami tempuhi sepanjang pertemuan yang sebentar ini. Tiada kata yang saya dapat ucapkan kecuali rasa terharu yang amat sangat kerana mengenangkan mujahadah mereka yang datang dari jauh berhabis wang, masa dan tenaga untuk menuntut ilmu dari KISWAH yang tidak berilmu lagi faqir ini...
Majlis bermula sejak pukul 3 petang lagi apabila ahli2 JURUS membantu al faqir dalam praktikal meruqyah pesakit yang berkunjung ke pusat rawatan..
Salatah khas untuk anak2 KISWAH |
Pada malamnya selepas Maghrib kami membincangkan berkenaan isu2 bekaitan rawatan menentang makhluk halus..
Kemudia selepas menunaikan solat Isyak berjemaah kami bersama mengikuti pengajian berkenaan rawatan Qurani dan tabie untuk 1001 jenis penyakit fizikal (bahagian kedua).. Insya Allah DVD nya anda boleh dapatkan dalam minggu depan..
Majlis disusuli dengan majlis Maulidurrasul saw dengan bacaan Dhiyau; Lami' susunan Habib Umar al Hafiz yang dipandu oleh al Fadhil Us Zaki dan iringan qasidah yang meruntun jiwa dari Ustaz Nazri dan para haji Teluk Intan...
Lantunan qasaid berlangsung dengan meriah sambil saya sibuk di dapur menyediakan hidangan sederhana kepada semua anak2 murid KISWAH yang bersemangat khususnya Imam Wan.... :)
Kami berjamu beramai2 dengan rezeki yang Allah kurnia.. Alhamdulillah..
Pada keesokan harinya, semua ahli usrah KISWAH berhimpun di teratak buruk al faqir untuk sedikit jamuan ringan, majlis zikir khatam khwajakan saghir dan maulid... Alhamdulillah..
Majlis diteruskan di PR KISWAH dengan pengajian bekam sunnah dan praktikal serta pengijazahan amalan tersebut seumpama yang diijazahkan oleh guru KISWAH... Insya Allah DVD pengajian ini akan berada di pasaran KISWAH nanti.. Sebelum itu sedikit tazkirah diberikan oleh al faqir berkenaan menyayangi ahlal bait Rasulillah saw dan kisah berjumpa dengan nabi saw, amalan2nya dan pengijazahan Solawat Azimiyyah dan Solawat Fatih...
Selepas Solat Zuhur berjemaah kami berwada' setelah sedikit taujihat dari al faqir, semoga terus istiqamah... Al Faqir juga mengijazahkan segala amalan yang ahli-ahli KISWAH pelajari sepanjang dua hari satu malam permukiman singkat mereka di bumi Temerloh..
Selamat beramal... dan al faqir pohon 100000000 kemaafan kepada semua yang hadir, andai kata tindak tandukku dan jemaah KISWAH di Temerloh mempunyai ketaksiran dan kecacatan yang boleh menempangkan roh hubungan ukhuwwah kita selama ini..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Sayang semua kerana Allah.. Ukhuwwah Fillah Lestari Selamanya.. Bertemu tak jemu berpisah tak gelisah..... Ukhuwwah sejati Syafaat Di Sisi Ilahi ke Syurga yang Menanti..
Allahu Allahu Allahu Haq!...
Kenangan indah yang tidak bisa dilupakan..
ReplyDelete