**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 July 2012

Kenangan Berbuka Puasa KISWAH Bersama Bani Saad dan Penduduk Kampung Batu Sawar 27 Julai 2012




Tetamu Mengundang Rahamat..

 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, program berbuka puasa Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah bersama ahli keluarga al Fadhil Tuan Guru Ustaz Saad bin Mohammad ad Deobandi al Azhari serta penduduk Kampung Batu Sawar berlangsung dengan meriahnya pada 27 Julai 2012.

Barakah Allah kepada mereka yang menyambung Sillaturahmi

Di kesempatan ini saya mewakili keluarga KISWAH dan keluarga al Fadhil Tuan Guru Us Saad mengucapkan infiniti terima kasih kepada semua hadirin hadirat yang bersusah payah hadir pada majlis yang sangat berkat ini. JazakALLAH kheirul jaza' juga kerana para tetamu yang hampir berjumlah seratus orang lebih kerana sudi mengimarahkan Surau al Munzirin yang masih terbengkalai proses pembinaannya.

Ucapan terima kasih kepada semua adik beradik sebelah zaujah bidadari tercinta yang menyumbang hidangan berbuka puasa kepada penduduk kampung. Us Suuadi Saad al Yemeni, Us Ruwaidi Saad, Us Rafiuddin Saad dan adik beradik ipar serta Cikgu Syikin Kg Masjid Kuala Krau yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

Alhamdulillah Syukur Ya Rabbana atas RezekiMu yang mencurah-curah itu...
Tentulah yang paling patut KISWAH berterima kasih adalah ayahanda mentua Tuan Guru Us Saad yang berbesar hati membenarkan majlis diadakan di surau yang diasaskan beliau sejak tahun 1997.


Dedikasi khusus buat bidadari tercinta Ustazah Mulia Karimah kerana menjadi mastermind utama ifthar jamaie KISWAH pada tahun ini.

Terima kasih atas kehadiran kalian. Menambahkan keberkatan kepada keluarga kami.
Syukur juga padaMu Ya Rabbal Jalil, kerana memberi kami setitis rezekiMu lantas memberi peluang kepada kami menganjurkan majlis yang penuh kekurangan ini.

Tujuan KISWAH mengadakan ifthar ini adalah untuk mengimarahkan Ramadan dengan menjamu penduduk kampung lantas mendekatkan penduduk kampung dengan Surau al Munzirin, mengeratkan ukhuwwah sesama penduduk kampung dan Bani Saad serta memberi ruang kepada ayahanda Us Saad mengimami dan memberi tausiyyah Ramadan kepada penduduk kampung yang hadir.

Semoga usaha ini diberkati dan diredhai Allah berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan kami miliki senantiasa.

Anak2 muda bermotor datang beramai2 memeriahka majlis. Alhamdulillah.
Jumpa lagi di Ifthar Jamaie Tahunan KISWAH pada tahun hadapan.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...