**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 July 2012

Kelebihan Bulan Ramadan Yang Tidak Terhingga Banyaknya


" Ramadan itu HATI BAGI SETIAP TAHUN. Jika baik ia maka baiklah keseluruhan TAHUN tersebut "- Al Hadis


Di dalam kitab Futuhat Haqqaniah Sh Adnan Kabbani Mengatakan:

Ramadan itu terdiri dari 5 huruf:

Ra': Ridwanullah: Keredaan Allah

Mim: Maghfiratullah lil A'asin" Keampunan Allah kepada pendosa

Dod: Domanullah lit taaie'na: Jaminan Allah kepada yang taat

Alif: Ulfatullah lil mutawakkilina: Kelembutan Allah kepada yang bertawakkul

Nun: Nawalullah lis Sodiqin: Penerimaan Allah kepada yang sodiqin @ benar...


Bahagian 1

KELEBIHAN RAMADHAN

1)      Penghulu segala bulan – Penanda aras kualiti iman kita untuk 11 bulan berikutnya.

2)      Bulan Ramadan adalah madrasah memperolehi sijil TAKWA.

3)      Terdapat malam Lailatul Qadar yang lebih dari 1000 bulan atau 83 tahun

4)      Bulan diturunkan al Quran secara menyeluruh ke Baitul Izzah di langit dunia pada 17 Ramadan.
5)      Bulan menghapuskan dosa yang tidak terampun di bulan lain.

6)      Bulan menguji kesabaran. Jika berjaya akan diganjari syurga. Pahala diganjari terus dari Allah.*

7)      Awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan penghujungnya KELEPASAN DARI NERAKA.

8)      Pintu langit dan syurga dibuka manakala pintu neraka semuanya ditutup.*

9)      Iblis dan syaitan dirantai, diseret dan dihumban ke dalam laut.

10)   Setiap malam satu suara menyeru: “Siapa mahu kebaikan kemari, siapa mahu kejahatan; berambuslah jauh-jauh! Sabda nabi saw: Setiap sesuatu ada pintu. Pintu ibadah adalah berpuasa.

11)   Satu solat fardhu bersamaan 70 solat di bulan lain. Satu solat sunat bersaman 1 solat fardhu.

12)   Mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari wangian misik atau kasturi di sisi Allah.

13)   Mendapat dua kegembiraan iaitu: 1) Ketika berbuka.  2) Ketika bertemu dengan Tuhannya di Jannah.

14)   Akan dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu dikenali sebagai AR RAYYAN.

15)   Allah akan memerdekakan 1000 orang setiap hari pada bulan Ramadan.

16)   Tidur orang berpuasa adalah ibadah, diamnya tasbih, doanya mustajab, amalannya berganda – al Hadis.

17) dan 1000001 lagi kelebihan yang tidak tertulis oleh pena....

 Rujukan: “Kitab an Nasaih oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan Sairus Salikin oleh  Sheikh Abd Somad al Falimbani”}

~ Hayat al Mevlevi ~

*Pengisian KISWAH dalam Tausiyyah Ambang Ramadan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...