**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

16 July 2012

JADUAL KISWAH SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWWAL 1433 / 2012




Ucapan sambutan Ramadan: "Ramadan Kareeem..."Jawapan: "WAllahu Akram"

Assalamualaikum para pembaca blog yang setia..


Masya Allah wal Hamdulillah!!!!


Sedar tak sedar, kita dalam pecutan terakhir untuk bersiap sedia menghadapi Sayyidus Syuhur, penghulu sekian bulan, Ramadan al Mubarak. Countdown Ramadan kian terasa kehangatannya...


Allhumma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa baligna Ramadan; "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban serta sampaikanlah kami bertemu dengan bulan Ramadan..


BULAN AL QURAN


BULAN CAHAYA


BULAN IJTIMA'


BULAN FUQARA'


BULAN TAUBAT DAN RUJU'


BULAN DOA DAN I'TIKAF


BULAN FUQARA' DAN DUAFA'


BULAN IHSAN


BULAN MUNAJAT DAN TASABIH


BULAN KEJAYAAN


BULAN DAKWAH DAN IRSYAD


BULAN TARAWIH DAN QIYAM


BULAN IFTHAR DAN SAHUR


BULAN MALAIKAT DAN SALAM


BULAN GANJARAN


BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)


BULAN KEBAHAGIAAN


BULAN KUNCI SYURGA


BULAN KASIH SAYANG


BULAN KEAMPUNAN


BULAN KEAMANAN


BULAN IHSAN


BULAN ANAK2 YATIM


BULAN RAHMAT


BULAN KELEPASAN DARI NERAKA


BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN


... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.




Pesta Ibadah pun bermula!




Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:



JADUAL KISWAH  BULAN RAMADAN

Pusat Rawatan KISWAH tidak akan mengadakan rawatan pada bulan puasa KECUALI pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu pada pukul 10 pagi - 11 pagi sahaja .  Jangan datang lebih dari pukul 11 pagi.

Isnin – Rabu dibuka pada pukul 10 pg – 3 ptg untuk pembelian barang rawatan dan temujanji sahaja. 

Tiada rawatan!

Telefon dahulu sebelum datang !






1 Ramadan bersamaan hari Sabtu 21 Julai 2012:

Moreh selepas terawih di Masjid Buntut Pulau Temerloh




7 Ramadan bersamaan hari Jumaat 27 Julai 2012:

Iftar Jamaie bersama penduduk Kampung Batu Sawar dan ahli keluarga KISWAH di Surau Munzirin Kg Batu Sawar.



15 Ramadan bersamaan hari Sabtu 4 Ogos 2012
Ifthar Jamaie bersama ahli keluarga KISWAH, terawih, tausiyyah Ramadan dan Maulid Ramadan khusus untuk ahli-ahli KISWAH....



JADUAL SYAWWAL:


7 Syawwal bersamaan 25 Ogos 2012


Open House KISWAH di Pusat Rawatan dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!





Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...