15 July 2012
Kenangan Seminar 5 KISWAH di Temerloh 14 Julai 2012
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah seminar modul 5 KISWAH membincangkan rawatan fizikal untuk 51 jenis penyakit menggunakan kaedah Qurani dan Tabie telah berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah Rabbul Jalil jua...
Alhamdulillah thumma alhamdulillah jumlah peserta menepati sasaran KISWAH. Mereka datang dari seleruh pelusuh Malaysia yang rata-rata merupakan ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Malaysia.
Majlis dselangselikan dengan maulid dan bacaan qasidah oleh Mevlevi Maulid Ensemble dan al Fadhil Us Nazri al Hafiz JURUS Sg Besar tidak ketinggalan menyampaikan beberapa qasidah.
Seperti biasa sesi petang membincang dan mengemaskini kaedah ruqyah yang menjadi kaedah utama KISWAH dalam usaha merawat pesakit.
Majlis dilanjutkan dengan bacaan Hizib Imam Nawawi, Solawat Fatih dan Solawat Munjiyyat serta pengijazahan.
Majlis diakhiri dengan Solat Asar, bacaan ringkas Sairus Salikin, maulid penutup, wada', fotografi kenangan dan jamuan..
Pada malamnya satu mesyuarat khas antara wakil2 JURUS diadakah di KISWAH untuk membincangkan satu agenda penting yang tidak dapat saya dedahkan lagi untuk tatapan umum..
Syukur Ya Rabbi atas nikmatmu ini..
Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat khususnya Saudara Luqman dan Us Suffian Nahar yang bertungkus lumus menjadikan seminar kali ini satu kenyataan..
JazakALLAH kheirul Jaza' kepada semua peserta yang datang dari jauh dan dekat yang sanggup mengorbankan segala kepunyaan untuk hadir ke teratak kecil kami..
Doakan yang terbaik untuk kami.
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
artikel,
berita,
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment