**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 July 2012

Adab-adab di Bulan Ramadan al Mubarak Yang Banyak Dilupakan


Ahli hikmah: “ Jika perut kenyang; laparlah segala anggota, jika perut lapar kenyanglah segala anggota." Berusaha agar betul-betul lapar ketika berpuasa dengan mengurangkan sahur.


ADAB-ADAB DI BULAN RAMADAN

1)      Paling penting: Menjaga lidah – tidak berdusta, mengumpat, mencaci dan campur urusan orang.

2)      Menjaga pancaindera – Mata, telinga, tangan, kaki

3)      Menjaga perut dari menelan perkara yang haram ketika berbuka.

4)      Periksa a) Makanan yang anda berbuka.  b) tempat siapa anda berbuka.

5)      Pelihara diri dari sebarang maksiat zahir dan batin.

6)      Jangan terlalu banyak tidur di waktu siang.

7)      Jangan terlalu banyak makan di waktu malam – Jika tidak syahwat akan bergelora.

8)      Hendaklah meninggalkan KEMEWAHAN dalam serba serbi. Cth – makanan lazat lagi membazir.

9)      Jangan jadikan bulan Ramadan PESTA DAN FESTIVAL MAKANAN.

10)   Pelihara a) Syahwat.  b) Dengki. Dua perkara yang menghapuskan berkat puasa.

11)   Mengurangkan segala adat keperluan setiap hari untuk mengekang syahwat. Kurangkan!

12)   Lebihkan amal ibadah siang dan malam setiap hari.

13)   Jangan terlalu banyak libatkan diri dengan urusan dunia melainkan yang perlu sahaja.

14)   Menyegerakan berbuka puasa dengan ringkas dan solat Maghrib terlebih dahulu.

15)   Lewatkan makan berat kerana hukumnya adalah sunat dan mendapat pahala.

16)   Berusaha untuk tidak terlalu kenyang kerana kenyang menghalang dari nur melimpah di hati dan menjadi punca kekerasan dan kelalaian hati serta malas untuk beribadah.

17)   Ahli hikmah: “ Jika perut kenyang; laparlah segala anggota, jika perut lapar kenyanglah segala anggota. Berusaha agar betul-betul lapar ketika berpuasa dengan mengurangkan sahur.

18)   Mengundang orang ramai khususnya saudara mara dan tok-tok guru untuk berbuka puasa.

19)   Jangan cuaikan solat terawih di masjid pada tiap-tiap malam. Eloklah dibuat 20 rakaat.

20)   Kerjakan terawih dengan tenang, khusyu’ & khudu’. Bermujahadahlah. Boleh jadi ini adalah terawih yang terakhir di dalam hidupmu. 20 rakaat lebih baik dari ceramah antara terawih yang memakan masa.

21)   Alang-alang bangun sahur, solat tahajjud jangan dilupa walau 2 rakaat.

22)   Sepuluh malam terakhir ‘BERUZLAH dan BERI’TIKAF di masjid. Jika tidak mampu sediakan satu bilik khas di rumah untuk tujuan mengasingkan diri dari anak bini untuk tujuan beribadah. (zawiyah).

23)   Berusaha mencari LAILATUL QADAR: Jumpa / tidak bergantung kepada ibadah kita sebelumnya.

24)   Memperbanyakkan membantu anak yatim, fakir miskin dan janda. Beri sendiri dengan tangan sendiri.

25)   Peringati NUZUL AL QURAN dan peristiwa PERANG BADAR pada 17 hb Ramdan dan FATHUL MAKKAH.

26)   Bersedihlah ketika hampir meninggalkan Ramadan seolah-olah ini Ramadan terakhir kita.

27)   Zakat jangan dilupa. Paling afdhal pada pagi hari raya sebelum solat eidulfitri. Diberi sendiri dengan tangan.

28)   Pelajarilah adab-adab menyambut HARI RAYA yang diamalkan Rasulullah dan jangan membazir.

29)   Puasa enam jangan ditinggal. Jadilah RABBANIYYUN dan bukan RAMADANIYYUN.(hanya ibadah dlm Ramadan)


* Hayat al Mevlevi

{Rujukan: “Sebahagiannya dari Kitab an Nasaih oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan Sairus Salikin oleh  Sheikh Abd Somad al Falimbani”}
  
*Pengisian KISWAH dalam Tausiyyah Ambang Ramadan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...