NOTA MINDA USTAZ HAYAT 13:
MERAWAT PENYAKIT DAN GANGGUAN DENGAN WANGIAN.
Wangian KASTURI KIJANG Ruqyah
Wangian ROSE Ruqyah
Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw:
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan
Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan
Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya :-
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan
pukau.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk
bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan
beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
(dan ditambah beberapa amalan dan anjuran ulamak serta para
solehin):-
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm
tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar
(yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik
yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam
rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan
pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin.
Antara teknik rawatan: Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan
minyak wangi:
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul
Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad
al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan
minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin
sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan
secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk
semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin
yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut
bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di
kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya
pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak
membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi
dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di
tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan
kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah
rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar
makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri
kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia
akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
KASTURI DAN ROSE:
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi
dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya. Malah beliau menyelitkannya
di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan
ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.
Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin.
Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian
sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan
kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan
dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak
disebut di dalam hadis.
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan
badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
-----------
Kesimpulannya; cara penggunaan:
1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur
seperti di atas sebelum tidur.
2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar
(yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik
yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam
rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
3) Untuk Hubungan Intim: Sapu di antara kemaluan depan dan
kemaluan belakang
* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang
hubungan kelamin.
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan
badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
------------------
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah
rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat
dan mempermudahkan urusan
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
No comments:
Post a Comment