*NOTA
MINDA UHK 6: Bahagia datang dari Allah,
Sedih datangnya dari syaitan*
Firman
Allah Taala: 40 Surah at Taubah
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya
Allah beserta kita".
Gembira, bahagia datang dari Allah yang dititip
oleh malaikat. Sedangkan perasaan sedih derita datangnya dari syaitan. Itulah
yang disebut oleh guru kami.
Allah gembira dengan mereka yang gembira kerana
itu alamat kepada bahasa hati yang gembira dan bahagia menjadi hambaNya dan
redha dengan segala qadha dan qadar Allah. Bahagia dengan segala ketentuan
iradah dan ta’luq sifat qudrahNya Taala.
Bukanlah tidak langsung boleh bersedih kerana
sedih merupakan satu perasaan sanubari yang melengkapkan kejadian manusiawi.
Sebagai contoh apabila kematian orang yang disayangi. Cuma sedih yang
dimaksudkan adalah kesedihan atas ketentuan Allah yang kita tidak suka bahkan
membentak dan memprotes atas perbuatanNya sehingga menggadaikan title kehambaan
kita. Kesedihan yang begini yang menjadi alamat kepada tidak redha dengan
ketentuan Rabbul Jalil. Maka ternafilah rukun Iman yang keenam. Tidak berpuas
hati atas ketentuanNya adalah satu musibah besar kepada hamba.
Seorang wali Allah setiap hari ditanya orang;
bagaimanakah keadaan kamu hari ini? Maka dijawabnya setiap hari; “Alhamdulillah
hari ini adalah hari yang terbaik dalam kehidupanku. Tuhan menentukan yang
terbaik buatku setiap detik ketika..” walaupun pada hari tersebut beliau
ditimpa ujian..
BERBAHAGIALAH DENGAN KEHAMBAANMU , JANGANLAH
BERSEDIH SELALU KERANA SYAITAN MENIUPKAN BARA KESEDIHANMU SEHINGGA KAMU MENJADI
TIDAK REDHA..
-
Hayat Kiswah -
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
No comments:
Post a Comment