**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 June 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BEKAM – AL-HIJAMAH – PERUBATAN RABBANI YANG DILUPAKAN (PART 1)

 


NOTA MINDA USTAZ HAYAT 14: BEKAM – AL-HIJAMAH –

PERUBATAN RABBANI YANG DILUPAKAN (PART 1)

 

Saudara saudariku sahabat seusrah, sudah lama tidak berbekam kan. Maklumlah musim wabak penyakit-berjangkit. Rindu rasanya untuk berbekam.

 

Di dalam kitab Kifayatul Muhtaj  - al-Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis ketika memperihalkan peristiwa malam Isra’ wal Mi’raj bahawa tiada ada satupun malaikat yang Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam temui dan lewati kecuali mengatakan;

 

Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu supaya berbekam-  ‘Ya Muhammad Mur Ummataka bil Hijamah.’

 

Baginda menerima perintah BEKAM sebaik sahaja menerima pensyariatan SOLAT. Alangkah agungnya perubatan yang disuruh Allah melalui para malaikat, dipraktikakan oleh baginda dan baginda menyuruh pula sahabat lalu umatnya untuk berbekam.

 

Semasa di Syam as Syarif (Syria), para masyayikh dan orang awam di sana berbekam pada musim luruh dan musim bunga. Malah dalam satu majlis bekam yang saya sertai. Sekampung berbekam bagaikan kenduri secara jamaie!!!

 

 

Guru saya berkata;

 

“Bekam cukup dilakukan setahun sekali. Jika seseorang sakit dan memerlukannya, maka mereka dapat berbekam dua kali setahun.

 

 

Orang-orang mengatakan bahawa mereka adalah ahli bekam, tetapi sebenarnya mereka tidak mengerti apa-apa. Mereka melakukan bekam seminggu sekali atau sebulan sekali. Ini salah. Darah adalah sesuatu yang penting dan sulit untuk dibentuk, kerananya jangan kita sia-siakan.

 

 

(Paling kurang 40 hari darah terbentuk. Kemudian disusuli dengan rotasi 40 lagi. Setiap 40 hari darah baru akan terbentuk.) – UHK

 

 

Jika kita berbekam, bererti kita telah melakukan sunnah Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa sallam. Kita akan terlindung dari berbagai macam penyakit. Bekam dapat dilakukan saat usia kita harus di atas 30 tahun. Di bawah 30 tahun tidak dianjurkan untuk berbekam, kecuali ada sebuah darurat. Yang lebih baik adalah setelah usia 30 tahun.

 

 

Manfaat terbesar dari bekam adalah untuk melawan tekanan darah tinggi. Nabi Suci kita mengatakan bahawa darah itu ‘diserang’, dan yang dimaksud dengan itu adalah tekanan darah tinggi. Dan bekam adalah hal terbaik  untuk melawan penyakit itu, di samping mempunyai manfaat lainnya.”

 

 

Semoga penyakit yang membawa banyak fitnah ini lekas2 diangkat Rabbul Jalil  lantas cepat2 diberikan keizinan untuk berbekam. Amin.

 

 

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;

Kiswah Shoppe

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...