**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 June 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT 9: Waktu Mustajab Doa Hari Jumaat

 


NOTA MINDA USTAZ HAYAT 9: Waktu Mustajab Doa Hari Jumaat

 

Perbanyakkanlah berdoa. Khususnya pada hari Jumaat. Berdoa merupakan otak ibadah. Solat itu sendiri dari sudut bahasa bermaksud DOA. Berdoa bukti kehambaan dan merupakan cara hamba bemanja-manja dengan KEKASIHnya.

 

Ada lapan perkara yang disembunyikan Allah bila dan di manakah? Seperti Lailatul Qadar, Solatul Wusto dari 5 solat fardu dll. Termasuk dalam perkara tersebut adalah waktu mustajab doa hari Jumaat.

 

Setiap kali Sayyidul Ayyam Allah membebaskan 600 orang hambanya dari api neraka dan merupakan hari di mana orang mukmin melihat ALLAH TAALA di dalam syurga. Dikenali sebagai YAUMUL MAZID – Hari bertambahnya kebaikan – di sisi para malaikat di langit.

 

Waktunya? Khilaf ulamak:

 

1)      Waktu terbit matahari

2)      Gelincir matahari – masuk zuhur

3)      Ketika azan zuhur

4)      Ketika khatib naik ke atas mimbar

5)      Sepanjang khatib di atas mimbar

6)      Ketika berdiri hendak solat Jumaat

7)      Pada akhir waktu Asar ketika hendak terbenam matahari

8)      Sentiasa berpindah2 pada setiap hari Jumaat dengan Jumaat yang lain

 

Pendapat ketujuh adalah pendapat yang terkuat. Kerana Saiditina Fatimah RA sentiasa memeliharakan waktu ini sepanjang umurnya dan menyuruh pembantunya melihat akan matahari terbenam di luar rumah sambil berdoa dan beristighfar sehingga matahari benar2 terbenam. Kata sesetangah ulamak; beliau berkata; ‘Inilah yang dikhabarkan kepadaku akan bapaku Rasulullah sollAllahu alaihi wa sallam iaitu ‘ SAAT YANG MAQBUL LAGI MUSTAJAB’. (Sairus Salikin)

 

Ala kulli hal… Marilah kita memperbanyakkan setiap detik ketika khususnya pada waktu yang dinyatakan di atas.. Ayuh Beramal.

 

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah -

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl


 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...