**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 June 2021

*NOTA MINDA UHK 5: Manusia biasa tidak mampu melihat rupa jin yg sebenar*

 



*NOTA MINDA UHK 5: Manusia biasa tidak mampu melihat rupa jin yg sebenar*

FIRMAN ALLAH:
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-A'raaf 7:27) |
Manusia tidak dapat melihat jin secara terus dalam rupa mereka yang hakiki. Ini telah disepakati ulamak...
Namun kalau pun boleh melihat jin barangkali:
1) Dari kalangan anbiya' dan awliya'nya; Kasyaf dari nur Ilahi kerana bersih, terang hatinya, luar biasa adab dan tawadduknya serta berada di makam yang istimewa di sisi Allah sehingga terbuka rahsia rohani yang asalnya beramal ibadat khalis / ikhlas hanya kerana Allah dan bukan mengidamkan segala keistimewaan dan kasyaf tersebut. Tidak sama sekali! Orang awam seperti kita tidak mungkin boleh mengecapinya jika akhlak masih hodoh dan takabbur serta sombong menebal seperti kulit gajah!
2) Kasyaf jin: Ada dua keadaan:
A) Kerana penyakit dan mengalami gangguan jin sehingga terkena sihir takhayyul lantas tergambar halunisasi dan gambaran makhluk dan lembaga yang bukan hakikat sebenar jin tersebut... Pandangan mereka ditipu jin sehingga mengkhayalan susuk tubuh yang dipandu oleh nafsu yang meng'generate'kan dan men'design' penampakan tersebut... atau dikhayalkan oleh sihir takhayyul jin yang berada di otak manusia....
😎 Bomoh yang beramal dengan amalan tertentu untuk menampakkan susuk tubuh jin dan untuk mencari kehebatan sehingga ternampak akan mereka jelamaan tertentu yang sebenarnya dikhayakkan oleh jin. Malangnya mereka mendakwa sewenang-wenangnya bahawa itu adalah bukaan rohani. Bukaan rohani dan bukaan untuk melihat alam lain tidak semudah ABC... dengan amalan puh pah puh pah... akhirnya mendakwa boleh tengok jin.... sedangkan hati masih berkarat, berselaput noda, dosa dan nafsu, takabbur menjadi makanan ruji, akidah masih tercemar dengan kesyirikan, ibadah lintang pukang dan tidak 'luar biasa' serta akhlak ibarat semak samun.... mana mungkin dapat keajaiban berupa anugerah dan hadiah dari Allah Taala.... Kalaupun perkara ajaib terjadi, itulah istidraj dan bukan karamah atau maunah dari Allah....
Dalil manusia biasa macam kita tidak boleh melihat jin: ( please take note; walaubagaimanapun sesiapa sahaja boleh melihat jelmaan dengan izin Alllah melalui penampakan berupa):
*rupa wanita / manusia (seperti dalam sirah seperti syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik dan Iblis yang datang ke DarunNadwah yang menyerupai seorang sheikh yang dikenali Sheikh an Najdi, Abu Hurairah yang menangkap syaitan jelmaan yang menggaggu simpanan baitul mal dan Ammar bin Yaasir yang pernah berhadapan dan bertarung dengan jelmaan makhluk halus!)
*rupa binatang buas-harimau
*rupa binatang bisa-kala, ular,lipan
*manusia kerdil
*asap,awan tebal, gelombang gas
Jadi berhati-hatilah jika berubat dgn org yg mengaku boleh melihat jin atau anda telah pun 'berjaya' melihat jin. 🤭
- Hayat Kiswah -
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
Bank Rakyat: 1101587095
Maybank: 556057503843
Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...