**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

13 June 2021

NOTA MINDA UHK 11: MERAWAT BISIKAN DAN JIWA YANG TIDAK TENANG DENGAN ZIKRULLAH

 


NOTA MINDA UHK 11: MERAWAT BISIKAN DAN JIWA YANG TIDAK TENANG DENGAN ZIKRULLAH

 

Ada seorang bertanya kepada Sheikh Ali Jum’ah mantan Mufti Mesir:  Di dalam hati saya selalu ada lintasan atau bisikan 'menghina Allah dan RasulNya' tanpa diniat. Apa yang perlu saya buat.



Shaykh Ali Jumaah: Hendaklah kamu menghadiri majlis zikrullah. Berzikirlah. Jika kamu tidak mampu berzikir..dengarkan zikir yang dilakukan orang tersebut dengan telingamu lantas menusuk masuk ke dalam hatimu.. Nescaya hilanglah hawatif (bisikan) tersebut. ( Kitab ad Din Wal Hayah – Shaykh Ali Jum’ah rahimahullah.

 

 

Telah berkata guru saya "Jangan sedih karena semua berasal dari Allah ."

 

Berbahagialah dan jangan bersedih hati. Syaitan ingin kita sedih, maka ketika kita berasa sedih ucapkan:

 

Audzubillahi minasy syaithonir rojim 100x dan Bismillahir Rohmanir Rohim 100 kali maka kesedihanmu akan hilang dan reda. (Mawlana Syaikh Muhammad Adil ar-Rabbani qs)

 

Bagi yang sesak nafas dan berasa jiwa sempit cubalah terapi ini.

 

Tarik nafas dengan dibaca di dalam hati:  Audzubillahi minasy syaithonir rojim dan hembuskan nafas dengan Bismillahir Rohmanir Rohim 100 x.  Jika tidak mampu bacalah di dalam bilangan yang sehabis banyak dengan helaan dan hembusan  nafas anda.

 

Diucapkan dalam hati sambil menarik nafas. Demikian juga ketika menghembuskan nafas diucapkan dalam hati. Bacaan laju pun tidak mengapa.

 

Semoga Allah memelihara diri kita dari gangguan pemikiran, masalah mental dan jiwa. Amin..

 

-----------------------------------------------

Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan

 

 

Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam  - Hayat Kiswah –

 

 

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131

 

#infaqsarkafakiswah

Bank Rakyat: 1101587095

 

#binapondokkiswah

Maybank: 556057503843

 

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

 

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...