**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 August 2010

Haram hukumnya menghalang berubat dgn al Quran - Sheikh Abil Fida' Mesir


Haram hukumnya menghalang orang berubat dengan al Quran: Malah apa2 yang membawa kepada pengertian menjauhkan masyarakat dari al Quran adalah haram...


Qawaid Fiqhiyyah: Ma yuaddi ilaihil haram fahuwal haram:

"Apa yang membawa kepada sesuatu yang haram maka hukumnya adalah juga haram"

Syarat berubat dengan al Quran:

82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Nak berubat dgn al Quran kena yakin bahawa ia benar sumber kesembuhan.. syaratnya orang yang beriman kepadanya!

Percaya kepada kitab adalah antara hukum iman yang wajib kita percayai. Menolak,mempermain dan memperlekehkankannya dalam apa jua bentuk dan lapangan serta perpspektif adalah haram dan boleh menggugurkan iman. Apalagi untuk membandingkannya dengan mantera dan jampi serapah. AstaghfiruLLAH....

Sesungguhnya haram hukumnya menghalang orang ramai berubat dengan al Quran atau apa2 kata2 yang menjauhkan orang Islam dari al Quran.

Dalilnya amat jelas di dalam Al Quran:

Firman Allah Taala:

Surah al Furqan ayat: 30. Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". Surah al Furqan ayat 30..

Penjelasan menurut kitab ”A’lij Nafsaka bil Quran oleh Sheikh Abil Fida’ Muhammad Izat, Kaherah Mesir:

Di dalam bahasa Arab menghalang dari mendengar al Quran, menyembunyikan dan beriman kepadanya dipanggil 'mahjur' isim maful (dihalang)

Apa maksud mengalang al Quran? Ada beberapa jenis menghalang Al Quran / meninggalkan al Quran / tidak dipakai)? Kata ulamak di dalam penafsiran mereka; maksud al Quran itu ’MAHJURA’ :

1) Halang beriman dengan al Quran.
2) Halang mendengar al Quran.
3)Menghalang berhukum dengan al Quran.
4) Halang tadabbur dan memahami al quran.
5) Menghalang mencari penawar dan berubat dengan al Quran...

Inilah rintihan dan aduan nabi kepada Allah Taala tentang kaum Musyrikin yang menghalang orang ramai dari mendengar al Quran..

Hati2 dengan kenyataan kita sekiranya boleh mambawa natijah sebegini yang disalahfahamkan oleh masyarakat lantas menjauhkan mereka daripada al Quran . Sudahlah masyarakat kita buta al Quran dan ilmu2nya. ..lebih2 lagi kalau kita mendakwa sebagai ’perawat Islam’ dan banyak pula pengaruhnya kepada mereka yang tiada latarbelakang agama... Lebih2 lagi kita masih di dalam bulan Ramadhan yang dikenali sebagai Syahrul Quran (bulan al Quran).

...takut nanti tanpa disedari kita ada ciri2 orang musyrikin tanpa disedari...
INI PERKARA YANG SERIUS!!!! Perkara yang melibatkan akidah Islamiyyah... Apatah lagi dengan membandingkan al Quran dengan serapah...

APA YANG SAYA KHUATIR BUDAYA PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA YANG MANA PEMINAT DAN PENGAMALNYA AMAT TAKSUB KEPADA KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN AKHIRNYA MENGHILANGKAN JATIDIRI DAN KETULENAN PERUBATAN ISLAM MELALUI AL QURAN, HADIS DAN PENGAMALAN ORANG SOLEH YANG SUCI MURNI KERANA DICEMARI PERBOMOHAN, PEMBOHONGAN, PENIPUAN DAN KEJINNAN SATU HARI NANTI.

FENOMENA BLOG PERUBATAN ‘ISLAM’ MALAYSIA YANG DIMONOPOLI OLEH MEREKA YANG BUKAN BERLATARBELAKANG PENDIDIKAN TINGGI AGAMA ATAU ‘USTAZ / SYAIKH INSTANT’ JUGA SEDIKIT SEBANYAK MENJADI PENYEBAB KEPADA TRAGEDI INI TERJADI.

MANA DIA SISWAZAH2 AL AZHAR DAN TIMUR TENGAH??? DI MANA ANDA? KENAPA TIDAK TURUT SAMA MEMPERJUANGAKAN PERUBATAN AL QURAN YANG INDAH DAN MUDAH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA!!!

Penjelasan menurut kitab ”A’lij Nafsaka bil Quran oleh Sheikh Abil Fida’ Muhammad Izat, Kaherah Mesir.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...